Najib Razak Terima Permohonan Maaf Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin

YAB PM NAJIB RAZAK :-

29 OCTOBER 2015

Saya menerima permohonan maaf Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin berkenaan kes fitnah beliau ke atas saya. Islam menuntut umatnya tidak menfitnah atau menyebarkan dusta.

Dalam Surah Al Hujurat ayat 12, Allah SWT berfirman, mafhumnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.” Wallahualam.

Islam juga menggalakkan umatnya bermaaf-maafan. Dalam Hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya,) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat).”

Insya-Allah, semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat Allah SWT.

1) NR FACEBOOK
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10153126793315952

2) NR TWITTER
https://twitter.com/najibrazak/status/659685033146384384