Pakatan Pembangkang Adalah Pakatan Sempurna, Langsung Tidak Boleh Dikritik

Satu analisis yang panjang lebar telah diterbitkan di Singapura oleh The Straits Times yang bertajuk “Singapore is not an island”, yang ditulis oleh Bilhari Kausikan. Bilahari melontarkan pendapatnya berkenaan situasi politik semasa di Malaysia dan bagaimana ia berkait dengan hubungan Malaysia-Singapura.

Tony Pua dari DAP berasa tidak senang dan memberikan respon dengan cukup pantas. Pakatan pembangkang adalah satu pakatan yang sempurna. Tiada siapa yang boleh memberikan komen yang negatif mengenainya.

Apabila mendiang Lee Kuan Yew mengkritik UMNO, DAP bersorak. Tetapi apabila beliau mempersoalkan Pakatan, pandangan beliau tidak benar dan tidak relevan.

Tetapi, bukan Kuan Yew sahaja yang mempunyai pendapat yang sedemikian mengenai Pakatan. Awal tahun ini, Dr. Bridget Welsh, seorang penganalisa politik terkenal yang merupakan penyedlik kanan di Pusat Pengajian Demokrasi Asia Timur, Universiti Kebangsaan Taiwan berkata, pakatan pembangkang di Malaysia telah mula menjadi tidak relevan kerana pergaduhan dalaman, menyalahkan bukan sahaja pimpinan PAS malah pimpinan DAP.

Bilahari adalah benar apabila beliau berkata, walaupun Pakatan secara teorinya dilihat berbilang kaum, “Ianya tidak mempunyai apa-apa persamaan melainkan satu tujuan yang sama iaitu untuk menumbangkan BN”. Beliau menambah, pada pendapat beliau pakatan yang baru iaitu Pakatan Harapan adalah ‘harapan yang samar’ yang kemungkinan akan gagal.

Dalam jawapan Tony, beliau berkata pandangan Bilahari membayangkan Singapura kurang keupayaan untuk membezakan baik dan buruk walaupun memegang status sebagai negara yang makmur dan maju.

Alahai. Tony, bagaimana pula dengan tindakan DAP sekarang yang ‘bergabung’ dengan Dr. Mahathir Mohamad? Baik? Buruk? Malaysia tidak perlu kelas moral dari Tony Pua, dan lebih-lebih lagi, dari DAP. Anda, Tony, tidak berhak untuk menuduh sesiapa pun yang tidak mampu membezakan baik dan buruk.

Pada tahun 2010, sebuah kumpulan media Australia mendedahkan yang unit risikan Singapura dan bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew telah memberitahu Office of National Assessments (ONA) di Australia yang ketua pembangkang Anwar Ibrahim ‘sememangnya melakukan jenayah yang menyebabkan beliau dipenjarakan’.

Apabila pendedahan ini dibuat 5 tahun dulu, Tian Chua dari PKR terus mempertahankan Anwar dan berkata tuduhan tersebut hanya ‘cakap-cakap’ orang dan kita tidak boleh bergantung dengan apa yang risikan asing beritahu. 5 tahun kemudian, pada tahun 2015 ini, orang yang sama dari puak pembangkang ini kini bergantung penuh terhadap apa yang dilaporkan oleh penerbitan asing. Double standards, kan?

Satu petisyen online kepada kerajaan Amerika Syarikat telah dibuat untuk mendesak Presiden Barack Obama untuk mengutamakan pembebasan Anwar di dalam polisi luarnya terhadap Malaysia. Apabila Perdana Menteri UK dijadualkan untuk melawat Malaysia, puak pembangkan berusaha keras untuk memastikan beliau membatalkan lawatannya. Apabila itu gagal, ahli politik DAP sekali lagi menulis satu surat terbuka meminta PM UK untuk tidak menyokong pentadbiran Najib.

Walaubagaimanapun, apabila duta China pergi ke Petaling Street dan cuba mencampuri urusan kerajaan, pembangkang memilih untuk diam. Kenapa campur tangan dialu-alukan dalam kes lain dan tidak kes ini?

Di dalam buku terkenalnya “7 Habits of Highly Effective People”, Stephen Covey berkata kebanyakkan orang memilih untuk difahami; untuk memastikan apa yang diucapkan mereka diterima. Dalam berbuat demikian, mereka akan mengabaikan orang lain sepenuhnya. Mereka hanya fokus kepada beberapa bahagian terpilih sahaja. Mereka hanya fokus kepada perkataan, dan terlepas maknanya secara keseluruhan.

Itulah yang dilakukan Tony Pua. Berbanding menghadam dan cuba memahami apa yang dikatakan oleh Bilahari, beliau memilih untuk terburu-buru memberikan respon yang entah apa-apa. Sebab inilah kebanyakkan pemimpin dunia tidak melihat sebarang prospek yang baik di dalam pakatan pembangkang Malaysia.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2015/10/12/is-spores-dig-at-msia-valid/