Pakatan Pembangkang Mahu Mufliskan 1MDB

Pakatan Harapan mahu 1MDB diletakkan di bawah Pentadbiran untuk mengelakkan muflis. Ini merupakan apa yang dilaporkan oleh The Malay Mail Online hari ini:
—-
Pakatan Harapan hari ini telah mencadangkan di dalam belanjawan bayangannya, penyusunan semula 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan meletakkan firma itu dibawah pentadbiran untuk mengelakkan muflis. Langkah ini, menurut mereka, merupakan satu mekanisma yang boleh memperbaiki imej Malaysia di mata dunia.

Menurut belanjawan yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan ahli parlimen pembangkang lain, langkah meletakkan 1MDB dibawah pentadbiran sedemikian juga akan dapat mengembalikan kenyakinan di dalam ekonomi.

“Isu serius yang sedang membelenggu 1MDB ini telah merosakkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa secara keseluruhannya; yang menyebabkan pelabur menganggap 1MDB adalah satu cerminan negara kita.

“Lebih cepat 1MDB diletakkan di bawah pentadbiran ini, lebih cepat salah anggap dan persepsi buruk dapat dibetulkan,” menurut belanjawan 50 muka surat itu.
—-
Mereka juga ingin menghalang TNB dari mengambil alih beberapa aset 1MDB, yang akan menggagalkan pelan rasionalisasi dan langkah pengurangan hutang 1MDB dan boleh menyebabkan syarikat tersebut muflis.

“Saya telah berada di dalam dunia korporat dan saya faham yang ianya terpulang kepada TNB untuk membuat keputusan selagi mana ianya menepati objektif, keputusan komersial yang akan menambah nilai kepada TNB,” kata Rafizi Ramli, versi Tony Pua dalam PKR. “Walaubagaimanapun TNB adalah milik rakyat. Kita tidak boleh biarkan TNB digunakan secara senyap untuk ‘bail out’ 1MDB.”

Dengan meletakkan syarikat di bawah pentadbiran, ianya adalah satu langkah untuk mengisytiharkan yang sesebuah syarikat tidak mampu membayar hutangnya atau hanya mampu membayar sebahagian dari hutangnya. Ini adalah langkah pertama untuk membubarkan sesebuah syarikat, kemudian menjual aset-asetnya pada harga yang sangat murah untuk membayar sebahagian dari hutangnya, yang bermakna pemiutang perlu menerima ‘diskaun’ hutang dan melupuskan sebahagian dari hutang.

1MDB telah membentangkan pelan rasionalisasi dan pengurangan hutang kepada Kabinet pada Jun tahun ini, yang diluluskan kabinet dan sepatutnya diselesaikan pada hujung tahun ini dengan dua pertiga hutangnya akan diselesaikan. Pakatan Harapan ini pula cuba menghalang perkara ini dari berlaku supaya 1MDB boleh diisytihar gagal sebelum dibuktikan sebaliknya.

Dan ini yang dibimbangkan oleh Pakatan Harapan, iaitu pelan 1MDB ini akhirnya akan berhasil, tidak seperti yang digambarkan oleh pengkritiknya. Jadi apa motif Pakatan Harapan di sini? Adakah ingin membantu 1MDB, seperti yang disebutkan mereka, atau ingin memastikan 1MDB gagal?

Berbanding dengan memastikan 1MDB berjaya, Pakatan Harapan cuba untuk mensabotaj akan menggagalkan pelan rasionalisasi ini. 1MDB sepatutnya melengkapkan pelan ini pada hujung tahun ini. Apa kata tunggu dan lihat dulu apa yang akan berlaku. Kenapa ingin bentes 1MDB sebelum ia tiba di garisan penamat?

Pakatan Harapan perlu banyak bermuhasabah diri dan bertanya kepada diri sendiri sama ada ianya masih lagi berkisar kepada mencari kebenaran ataupun cuba mensabotaj kerajaan hingga menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit. Kerana nampaknya ini tidak ubah seperti Parti Komunis Malaya yang membunuh dan mengebom sana sini, menyebabkan kerugian yang besar hanya kerana ingin menang berhujah.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/pakatan-harapan-is-trying-to-sabotage-1mdb/