PAS Sindir Barisan Pembangkang Bersifat Melebihi Kanak-Kanak

Pemimpin PAS menyindir rakan pembangkang parti itu bertindak melebihi kanak-kanak apabila mempamerkan plakad “mana 2.6 bilion?” selepas belanjawan 2016 dibentangkan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengaitkan langkah itu dengan rancangan ‘mini parlimen’ pada tahun 1970-an yang dikendalikan oleh Allahyarham Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal.

“Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, ada satu rancangan kanak-kanak yang dikendalikan oleh Pak Cik Jamal, iaitu Parlimen Kanak-kanak.

“Seingat saya tiada kanak-kanak yang menjadi ‘ahli parlimen’ dalam rancangan itu bertindak angkat plakad seperti sebahagian ahli parlimen pembangkang semalam,” katanya melalui tulisan di Facebook. http://mk-cdn.mkini.net/951/b3dcc6b9dcd3b5b57b89bc7655841659.jpg

Jumaat lalu, tulisan ‘mana 2.6 bilion’ itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa ahli parlimen daripada PAS tidak mengangkat plakad itu, termasuk Nik Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Nasrudin Hassan (Temerloh).

Sumber:http://www.malaysiakini.com/news/317072