Peluang PKR Menang PilihanRaya Terletak Pada PAS

PKR mengakui peluang parti itu untuk menang sebarang kerusi pada Pilihanraya akan datang malah untuk mengekalkan kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah terletak kepada Parti PAS.

PKR juga turut mengakui faktor undi Melayu menjadi faktor utama untuk menentukan pertukaran kerajaan.


Kebimbangan itu dinyatakan oleh Tian Chuan, Naib Presiden PKR dalam Guan Ming Daily apabila PKR sedar kebanyakkan kedudukan kerusi PKR berada di kawasan majoriti Melayu.

Tanpa sokongan PAS, atau berlaku pertandingan tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan kekalahan yang teruk.

PKR melihat kedudukan Parti Amanah Negara pimpinan Mantan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, tidak mampu memberi kelebihan pada PKR untuk meraih undi Melayu pada pilihanraya yang akan datang.

Terdahulu sumber dalaman PKR telah mendedahkan usaha pemimpin kanan parti itu memujuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya PAS menyertai gabungan baru itu.

PKR dijangka meminta PAS menggugurkan hasrat parti untuk melaksanakan hukum hudud bagi mendapat laluan penerimaan parti dominan dalam Pakatan Harapan iaitu DAP.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/10/06/tanpa-sokongan-pas-pkr-berhadapan-musibah-teruk-tian-chua/