Penyokong Pakatan Pembangkang Lupa Yang Anwar Ibrahim Cadang Laksana GST, Kini Isterinya Pula Mahu Kekalkan GST

Kira-kira dua tahun dulu, Ketua Umum PKR (KETUM PKR), Anwar Ibrahim telah mengumumkan komitmen pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat / PR) yang menolak sepenuhnya perlaksanaan GST.

Untuk itu, satu kempen besar-besaran menolak GST di adakan pada 20 Disember 2013 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan tema ‘Faham GST-Tolak GST’.

Itu menampakkan kesungguhan PR menolak sepenuhnya GST yang dikatakan menindas dan membebankan rakyat.

Anwar lupa waktu dia bersama Kerajaan Pusat dulu, dialah antara yang terawal mencadangkan penukaran cukai SST kepada GST. Ini contoh Melayu mudah lupa.

Sekarang setelah hampir dua tahun berlalu, semalam pula Wan Azizah Wan Ismail yang kini Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR merangkap bini Anwar sendiri, mengumumkan pakatan pembangkang (Pakatan Harapan/PH) akan kekalkan GST.

“Kami percaya pengurangan GST sebanyak tiga peratus boleh diseimbangkan menerusi penjimatan daripada membasmi pembaziran dan rasuah termasuklah pendapatan tambahan hasil daripada pelaksanaan Cukai Penambahan Kekayaan (CGT),” katanya.

Itu janji Wan Azizah semasa melancarkan Bajet Alternatif pembangkang PH yang buku laporannya hanya senipis buku latihan budak sekolah rendah.

Dari kenyataan Wan Azizah itu kita faham pembangkang tetap nak kekalkan GST walaupun berjanji nak kurangkan 3 peratus berbanding kadar sekarang 6 peratus GST.

Anwar kata tolak sepenuhnya, Azizah kata nak kekalkan dengan sedikit pengurangan, dua kenyataan yang kontradiks menyerlahkan kecelaruan dasar dan prinsip pakatan pembangkang.

Semalam juga Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli ada menjual temberang kata kadar GST akan disifarkan (0 peratus).

Wan Azizah kata GST akan dikekalkan dengan kadar 3 peratus, Rafizi pula kata GST sifat (0 peratus) untuk semua barangan. Sekarang siapa temberang siapa?

Anwar, Wan Azizah dan Rafizi sama-sama bercelaru, kontradiks sama sendiri, ini memang betul-betul main guli. Agak-agak macam ini punya pemimpin, layakkah diberi mandat pada PRU14 kelak?

Sumber:http://www.mykmu.net/2015/10/dulu-anwar-kempen-tolak-gst-sekarang-azizah-kempen-kekal-gst/