Perlantikan Perdana Menteri Malaysia Selepas Tun M Hanya Eksklusif Untuk Pengikut Tun M

Perdana Menteri De Facto Malaysia adalah Dr Mahathir Mohamed dan sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri adalah boneka beliau, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkata.

Di dalam satu komen di dalam blog beliau semalam, RPK berkata kesemua pelantikan perdana menteri semenjak persaraan Mahathir adalah mereka yang setia kepada Mahathir dan mereka yang menjaga kepentingan Mahathir.

RPK telah memberikan komen terhadap laporan berita bertajuk “Bagaimana saya menjadikan Najib Perdana Menteri” yang diterbitkan oleh FMT semalam. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/10/24/muhyiddin-how-i-made-najib-the-pm/

Di dalam laporan tersebut, mantan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberitahu Najib untuk memulakan langkah menyingkirkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tetapi enggan, lalu Dr Mahathir mengarahkan Muhyiddin menyahut cabaran tersebut, yang akan menjadikan Muhyiddin, bukannya Najib, Perdana Menteri.

“Ketika itulah Najib berkata ok beliau akan buat,” Muhyiddin dilaporkan berkata.

RPK menyimpulkan cengkaman Mahathir seperti berikut:

1) Adalah Mahathir yang akan menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan jika Dr Mahathir tidak mahu anda menjadi Perdana Menteri atau ingin menyingkirkan anda dari jawatan Perdana Menteri, maka itulah yang akan terjadi.

2) Dr Mahathir yang memilih Najib untuk menggantikan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

3) “Dr Mahathir sendiri yang menentukan yang Najib akan mentadbir negara ini. UMNO dan Barisan Nasional tiada ruang bersuara di dalam perkara ini,” dakwa RPK.

4) Muhyiddin mendakwa Najib pada mulanya enggan mencabar Abdullah.

5) “Persepsi yang cuba diberikan oleh Muhyiddin adalah Najib setia pada Abdullah dan enggan menikam beliau dari belakang,” tambah RPK.

6) Ianya adalah Muhyiddin, yang diarahkan oleh Mahathir, yang menekan Najib untuk menyingkirkan Abdullah

Maka, seperti yang diperkatakan oleh RPK ini, mesti bermakna tekanan yang dihadapi beliau untuk mencabar Najib, datang dari Mahathir.

Ini juga berkait dengan dakwaan Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak mahu menjadi Perdana Menteri kerana enggan menjadi boneka Mahathir.

Sumber:http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/10/26/rpk-malaysian-politics-is-a-puppet-show/