RM580 Juta Pampasan Kepada Syarikat Konsesi Tol Untuk Tangguh Kenaikan Dari Januari Tahun Ini Hingga 15 Oktober

Kerajaan dijangka membayar RM1.6 bilion sebagai pampasan kepada syarikat konsesi terbabit sekiranya kadar tol tidak dinaikkan menjelang tahun depan.

Berdasarkan perjanjian dengan syarikat-syarikat konsesi, beliau berkata kerajaan pada tahun ini perlu membayar RM580 juta sebagai pampasan.

“Walaupun kenaikan tol dilaksanakan, kerajaan masih membayar pampasan berjumlah RM510 juta dalam tempoh Januari hingga (15) Oktober berikutan penangguhan kenaikan tol yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari tahun ini,” kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sementara itu, Fadillah berkata pembayaran pampasan yang tinggi kepada syarikat konsesi seharusnya digunakan untuk aktiviti ekonomi dan pembangunan yang akan memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

“Kerajaan menggunakan asas pengguna bayar iaitu mereka yang menggunakan lebuh raya akan bayar tol … kena berlaku adil kepada mereka yang tidak menggunakan lebuh raya seperti mereka di Sabah, Sarawak dan Kelantan. Maka, duit ini harus disalurkan untuk aktiviti ekonomi dan menjana pembangunan,” katanya.