Semakin Kita Melenting, Semakin Jauh Sokongan Orang Melayu Urban.

STRATEGI PERMAINAN POLITIK DAP.

Sudah lama saya memikirkan why, why, why DAP asyik menghentam orang Melayu. Apa yang mereka dapat dari perbuatan ini?

Beberapa hari sudah saya membuat satu post yang menyatakan kehairanan saya mengapa DAP asyik menghentam kaum Melayu dan mempersendakan agama Islam sedangkan mereka memerlukan undi kaum Melayu kerana dari PRU13 mereka telahpun mendapat sokongan di antara 85%-95% dari pengundi Cina

Saya baru teringat pernah seorang penganalisa politik memberitahu saya bahawa strategi DAP membuat sebegitu adalah sebenarnya untuk mendapat sokongan Melayu “liberal”.
“Huh?”, jawapan saya

Ini huraian yang di jelaskan kepada saya

DAP sedar bahawa mereka tidak akan mendapat sokongan dari sebahagian besar bangsa Melayu tetapi sekurang-kurangnya mereka cuba untuk mendapat undi golongan Melayu liberal yang akan “react” kepada Melayu konservatif

Dengan mengapi-apikan sentimen bangsa Melayu, orang Melayu akan marah dan DAP tahu di dalam mana-mana kaum akan terdapat segmen kaum tersebut yang lebih bersayap kanan dari majoriti kaum tersebut

DAP dengan sengaja mahu segmen kanan kaum Melayu ini bertindakbalas, dengan melontar kembali sentimen yang tidak kurang pedasnya kepada DAP

Dengan ini, golongan liberal Melayu akan menjauhi menyokong parti politik Melayu dan sebaliknya menyokong DAP ataupun sekurang-kurangnya menjauhi diri mereka dari menyokong parti bangsa mereka yang mereka fikirkan sudah menyimpang jauh dari nilai-nilai liberal ataupun nilai-nilai kesederhanaan mereka

Inilah mengapa DAP tidak berhenti-henti membuat provokasi. Mereka mahu orang Melayu bertindakbalas. Dan kita boleh lihat bagaimana golongan Melayu bandar dan elit tidak suka dengan tindakbalas yang di suarakan oleh orang Melayu konservatif

Hanya satu cara untuk mematahkan strategi DAP ini

Kita jangan melenting – kita jangan memberi kenyataan seperti “Keluar pendatang!”. Penyokong-penyokong DAP tidak akan keluar pun. Mereka tidak lut dengan apa pun yang kita lontarkan kembali

Malah lagi kita melenting, lagi nyaring dan kuat suara kita, lagi mereka bertepuk tangan. Hajat dan tujuan mereka termakbul. Divide and conquer

Kita perlu bertindak dengan lebih rasional dan bukan secara emosional. Semakin kita melenting, semakin jauh sokongan orang Melayu urban

Kita juga yang rugi undi nanti

Saya mohon agar sebarkan posting ini supaya kita dapat sedikit-sebanyak mengurangkan keberkesanan strategi DAP ini. Ribuan terima kasih saya dahulukan

Wassalam

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206074066384694