Sesiapa sahaja yang mengancam kedaulatan Raja adalah juga mencari gaduh dengan saya, walaupun ia adalah negara China

Cina Malaysia dengan China dah talak 100 dah. Sama sekali tidak ada ikatan atau hubungan. Mereka mengecam kami, kami mengecam mereka suatu masa yang lama dahulu. Jika apa-apa yang berlaku kepada mereka, bukan urusan kita. Jika apa-apa berlaku kepada kita, bukan urusan mereka.

Inilah pendirian setiap rakyat Malaysia berbangsa Cina. Jika anda rakyat Malaysia dan ini bukan pendirian anda, anda masih fikir anda mempunyai ikatan mastautin dengan China, sila balik ke China dengan segala cara.

China kepada kami adalah sama seperti bagaimana Thailand, Indonesia, Jepun, United Kingdom, India, Bangladesh, Rusia kepada kami. Tidak berbeza.

Saya seorang rakyat Malaysia dan itu sahaja. Kesetiaan saya adalah untuk Raja kita Yang di-Pertuan Agong dan saya hanya terikat dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sesiapa sahaja yang mengancam kedaulatan Raja adalah juga mencari gaduh dengan saya, walaupun ia adalah negara China. Tidak ada negara kedua yang saya akan punyai hubungan romantis.

Oleh Tai Zee Kin,
https://www.facebook.com/taizeekin/posts/10153541833255306?fref=nf