Setiap Keluarga Di Malaysia Perlu Membayar RM27,857 Dalam Bentuk Cukai Setiap Tahun

Lim Sian See yang merupakan seorang pengkritik kerap Rafizi, menjelaskan bahawa nombor Rafizi langsung tidak masuk akal.

Jika setiap keluarga di Malaysia perlu membayar RM27,857 dalam bentuk cukai setiap tahun, akan bermakna berikut:

1) Jika RM27,857 datang daripada membayar 6% GST setahun maka pendapatan isi rumah setiap keluarga akan menjadi sekurang-kurangnya RM464,282 setahun – atau RM38,690 sebulan.

2) Jika RM27,857 datang daripada membayar kadar tertinggi bagi cukai pendapatan peribadi pada kadar 24% (kumpulan berpendapatan di bawah RM500 ribu tahun), ini bermakna pendapatan isi rumah setiap keluarga akan menjadi sekurang-kurangnya RM111,428 setahun – atau RM9,285 setiap bulan.

Jika Rafizi adalah betul dengan angka tersebut jadi pendapatan purata isi rumah di Malaysia telah mencapai tahap di mana negara kita boleh dianggap sebagai negara berpendapatan tinggi dan sesungguhnya tiada apa untuk dirungutkan jika setiap isi rumah dikenakan cukai pada RM27,857 setahun.

“Dan kerana kita tidak berada di peringkat negara berpendapatan tinggi dan Rafizi serta rakan-rakannya terus mengatakan bahawa rakyat menderita dan kita makan rumput dan pasir, saya boleh membuat kesimpulan bahawa Rafizi sama ada perlu kembali ke sekolah untuk belajar Matematik lagi atau sekurang-kurangnya berhenti bergurau,” kata Lim Sian See.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1731620500390070&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3