Siapa Individu Yang Menjahanamkan Perjanjian Tidak Adil Antara YTL Dan TNB?

Sepanjang pemerintahan 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamed, Penyedia Tenaga IPP adalah terletak didalam tangan beliau sendiri dimana segala keputusan harus dibentangkan kepada beliau terlebih dahulu sebelum sebarang perlaksanaan dilakukan.

Hari ini, dengan kewujudan 1MDB, hak mutlak IPP yang selama ini dikuasai oleh kroni-kroni Tun M dilihat semakin terhakis.

Tambahan pula segala penyedia tenaga kini dihimpunkan dibawah satu bumbung dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan-satu tindakan yang merugikan kroni-kroni beliau.

Inilah diantara punca kenapa Tun M menyerang kepimpinan hari ini dan cuba menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri dan 1MDB selaku syarikat pelaburan yang dimiliki oleh kerajaan.

Terkini, kroni terbesar Tun M, YTL dilaporkan bakal mengalami kemerosotan pendapatan akibat daripada tindakan kerajaan yang enggan lagi menyambung kontrak IPP yang telah tamat pada bulan Ogos yang lalu.

Sebenarnya legasi Penyedia Tenaga Bebas (IPP) Tun M telah berkubur. Perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) bersama YTL berusia 21 tahun ditamatkan pada 30hb September yang lalu.

Dan orang yang bertanggungjawab menamatkan perjanjian yang tidak adil kepada TNB itu adalah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, individu yang cuba digulingkan oleh Tun M.

Kenapa perjanjian ini dikatakan paling kejam? Ini kerana TNB dipaksa membeli “tenaga” dengan harga paling mahal daripada YTL yang menyebabkan tarif elektrik di Malaysia menjadi mahal dan membebankan rakyat. Ini bermakna YTL selepas ini tidak akan memiliki sebarang IPP lagi di Malaysia.

Sebelum ini, YTL pernah menyatakan dalam satu majlis forum dengan angkuh menyatakan kejayaan YTL hari ini adalah kerana ia tidak pernah mendapat projek dari kerajaan. Semuanya diperolehi melalui merit dan bidaan di luar negara.

Kini nampaknya tembelang mereka telah pecah dan mereka menelan semula keangkuhan mereka sendiri.

YTL yang merupakan kroni utama Tun M semasa dia jadi Perdana Menteri didapati telah melakukan penipuan besar tehadap rakyat Malaysia. Apakah IPP ini bukan projek kerajaan? Bagaimana dengan keretapi laju ERL dari KLIA ke KL Central? Apakah projek Bestari.net yg melibatkan kos hampir RM1 Bilion itu juga bukan projek kerajaan?

Sekarang terbukti, projek Bestari.net gagal terutama untuk sekolah di kawasan luar bandar.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/10/08/hanya-kerana-taikun-cina-tun-m-cuba-guling-najib/