Sudah Lupakah Kita Dengan Pemerintahan Diktator Perdana Menteri ke 4 Malaysia?

BNM tidak pernah membuat saranan pendakwaan dilakukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang 2001 atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang dan Pembiayaan Pengganas 2014 yang menjurus kepada satu arah – selepas siasatan dilakukan terhadap transaksi 1MDB, tiada asas untuk membuat dakwaan di bawah kedua-dua akta itu.

Maka, ia dengan jelas membongkar tujuan Raja Selfie, watak utama Mogok Lapar dan penulis blog yang dibayar dengan lumayan dan Sarawak Report berniat jahat untuk menjejaskan reputasi seorang pemimpin sambil menjahanamkan ekonomi dan kewangan negara ini.

Ini adalah kesamaan kepada perlakuan keganasan, iaitu tingkahlaku seseorang yang bertindak mewakili atau mempunyai kaitan dengan mana-mana organisasi atau individu yang menjalankan aktiviti menjurus kepada menjatuhkan atau mempengaruhi dengan paksaan atau keganasan, kerajaan Yang DiPertuan Agong.

Dan apabila orang suruhan sudah ditangkap, Dr Mahathir melabel negara ini sebagai negara pariah dengan mendakwa Malaysia tiada kebebasan bersuara biarpun dia sudah bercakap perkara tiada asas dan berniat jahat sekian lamanya.

Peliknya kita lupa Dr Mahathir sepanjang pemerintahan 22 tahunnya, memenjarakan beratus individu tanpa bicara, terlibat menyingkir dua timbalannya, memecat seorang timbalannya, memberhentikan empat menteri, menghentikan operasi akhbar seperti The Star, Watan dan Sin Chiew Jit Poh kerana menentangnya.