Syarikat Tol Akan Berdepan Dengan Kerugian Dengan Menaikkan Kadar Tol

Tahukah anda dengan membolehkan syarikat-syarikat Tol untuk menaikkan harga tol mereka sebenarnya menjadikan KEUNTUNGAN MEREKA BERKURANGAN?

Ia adalah kerana bagaimana subsidi mengherotkan pasaran.

Di bawah perjanjian konsesi tol yang ditandatangani bertahun-tahun yang lalu, syarikat tol dapat menikmati kenaikan tol berkala dan jika kenaikan tol ini tidak diberikan oleh kerajaan, pihak kerajaan perlu membayar pampasan kepada mereka berdasarkan kadar berapa ramai orang melalui tol untuk tempoh masa itu.

Mari kita lihat contoh ini:
– Harga tol sebenar seperti di dalam perjanjian konsesi: RM3.00
– Subsidi oleh kerajaan: RM1.00

Oleh itu, kadar tol kepada orang ramai: RM2.00
– Anggap jumlah trafik bagi tahun ini: 100 juta kenderaan

Oleh itu jumlah pendapatan tahunan kepada syarikat tol
= RM300 juta yang merupakan RM200 juta daripada rakyat dan RM100 juta daripada kerajaan.

Penganalisis menganggarkan bahawa bagi setiap kenaikan 10 sen harga tol, kadar trafik berkurangan 1%. http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/10/14/Drop-in-traffic-volumes-likely/?style=biz

Sekarang, jika pemberian subsidi dikeluarkan dan harga tol kini menjadi RM3.00, maka mungkin ada pengurangan 10% dalam kadar lalu lintas – bermakna 100 juta menjadi 90 kenderaan juta.

Maka senario baru akan menjadi 90 juta trafik pada RM3 setiap kenderaan = pendapatan RM270 juta bagi tahun itu kepada syarikat tol.

Oleh itu, syarikat tol mendapat hasil RM30 juta kurang dan kerajaan dapat menjimatkan RM100 juta yang kemudiannya boleh digunakan pada projek-projek pembangunan yang lebih menyeluruh dan adil atau menambah BR1M. (Ini kerana subsidi tol hanya dinikmati oleh penduduk bandar pada ketika ini)

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa sama ada kerajaan membayar atau rakyat membayar, wang itu akhirnya datang daripada rakyat. Tetapi jika kerajaan mengelakkan membayar RM100 juta ini kepada syarikat tol, kerajaan boleh memberi RM100 juta ini kembali kepada rakyat.

Dalam kes ini, satu-satunya yang kalah sebenarnya adalah syarikat tol kerana orang awam menyesuaikan diri dengan harga tol yang lebih tinggi dan lebih efisien dalam penggunaan jalan bertol atau bertukar terus menggunakan pengangkutan awam.

Kerajaan telah membelanjakan berbilion-bilion dan akan membelanjakan berbilion lagi dalam menaik taraf sistem pengangkutan awam dalam bandar – lebih banyak bas dan tren komuter, MRT1, MRT2, sambungan LRT 1, sambungan LRT2, LRT3, BRT dan lain-lain.

Kerajaan tidak boleh menghabiskan begitu banyak dana untuk membina pengangkutan awam tetapi pada masa yang sama tidak menggalakkan penggunaannya dengan terus memberi subsidi tol yang menggalakkan penggunaan kereta dan memperkayakan syarikat tol – yang bertentangan dengan dasar-dasar.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1728916100660510