Tengku Razaleigh Enggan Jadi PM Kerana Tidak Mahu Digunakan Tun Mahathir

Apa yang diperkatakan oleh Muhyiddin Yassin di dalam laporan akhbar adalah sangat menarik. Pertama, Tun Mahathir yang akan menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. Dan jika Mahathir tidak mahu anda menjadi Perdana Menteri atau ingin menyingkirkan anda dari jawatan Perdana Menteri, maka itulah yang akan berlaku.

Perkara kedua yang disebutkan oleh Muhyiddin adalah Dr Mahathir yang memilih Najib untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri. Maka, ianya adalah keputusan Tun Mahathir yang Najib akan mentadbir negara ini, bukan UMNO atau Barisan Nasional.

Muhyiddin juga mendedahkan beliau dan Tun Mahathir kecewa dengan Najib kerana beliau enggan mencabar dan menyingkirkan Abdullah. Persepsinya, Najib setia kepada Abdullah dan enggan menikam dari belakang.

Fakta keempat adalah adalah beliau telah mendesak Najib untuk mencabar Abdullah dan menyingkirkan beliau. Dan menurut Muhyiddin, jika Najib enggan, maka Muhyiddin yang akan menjadi Perdana Menteri.

Apa yang diperkatakan oleh Muhyiddin sebenarnya memberitahu perkara yang sebenar hari ini. 7 tahun lepas Najib diberitahu yang beliau mesti mencabar Abdullah dan menyingkirkan beliau. Maka apa yang Muhyiddin lalui sekarang adalah beliau telah diminta untuk mencabar Najib dan menyingkirkan Najib. Ianya memang masuk akal.

Ada benda yang sama berlaku tujuh tahun lepas dengan apa yang berlaku hari ini. Orang yang mentadbir Malaysia adalah Dr Mahathir dan sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri adalah boneka Dr Mahathir sahaja kerana beliaulah Perdana Menteri De Facto Malaysia.

Dan ini juga bermakna apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah adalah benar. Tengku Razaleigh berkata beliau enggan menjadi Perdana Menteri kerana beliau akan menjadi boneka Dr Mahathir.

Sumber: http://www.malaysia-today.net/muhyiddin-finally-reveals-the-truth/