The Malaysia Insider Guna “Power Of Suggestion” Untuk Alih Pemahaman Rakyat

“SPRM, PDRM mesti memberikan respon kepada penafian SRC International berkenaan kes ‘derma’, kata PAS,” Itulah tajuk berita The Malaysian Insider. TMI kemudiannya menambah:

PAS mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk menjawab kenyataan yang dibuat bekas subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, yang telah menafikan dakwaan yang ia telah memindahkan wang kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

“Persoalan utama adalah derma dari siapa lagi yang Perdana Menteri terima, selain dari RM2.6 billion yang pendermanya masih lagi misteri hingga ke hari ini,” ujar Tuan Ibrahim Tuan Man.

Persepsi yang cuba dimainkan oleh The Malaysia Insider adalah RM2.6 bilion yang didakwa dipindahkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah datang dari SRC International. Sekurang-kurangnya, ini yang cuba diberitahu oleh laporan The Malaysian Insider tersebut.

Ini adalah apa yang kita panggil sebagai ‘power of suggestion’. Anda ‘mencadang’ sesuatu tanpa membuat dakwaan secara langsung dan membiarkan pembaca untuk membentuk pandangan dengan melibatkan dua isu yang berbeza menjadi isu yang sama.

Sebenarnya, kenyataan akhbar SRC International semalam tidak berkisar mengenai RM2.6 bilion tersebut. Kenyataan akhbar ini merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini dan Sarawak Report – yang telah menyiarkan apa yang didakwa sebagai kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri dan satu diagram yang menunjukkan aliran tunai yang masuk ke dalam akaun peribai Perdana Menteri – sambil berkata pinjaman RM4 bilion yang diperolehi SRC International dari KWAP telah disalahgunakan. http://www.malaysia-today.net/wp-content/uploads/2015/10/SRC-International.jpg

SRC International menafikan yang RM4 bilion yang diterima dari KWAP telah disalahgunakan dan amaun tersebut telah diaudit di dalam penyata kewangannya. Secara ringkas, wang tersebut tidak hilang. Bagaimana RM2.6 bilion boleh masuk di dalam perbincangan?

Apa pun, di dalam jawapan bertulis ke Parlimen, Najib berkata dua pengarah dari SRC International akan memberikan kenyataan tidak lama lagi berkenaan RM4 bilion tersebut.

“Untuk maklumat anda, berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pengurusan SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin kini bersedia untuk ditemuramah oleh SPRM tidak lama lagi untuk membantu siasatan agensi tersebut,” kata Najib.

Jadi mari kita tunggu apa yang akan diperkatakan oleh mereka berdua. SRC International pula akan menunjukkan akaun mereka, untuk membuktikan RM4 bilion tersebut tidak hilang.

Tapi adakah ini akan memuaskan hati pengkritik? Saya ragu-ragu kerana mereka nampaknya telah memutuskan yang RM2.6 bilion tersebut adalah punca kepada segala kontroversi dan ia datang dari RM4 bilion yang diperolehi SRC dari KWAP. Dan tiada apa yang boleh mengubahnya, malah penyata akaun diaudit sekalipun tidak akan mampu mengubah apa yang mereka telah simpulkan.

Jadi agak sia-sia untuk Najib jelaskan apa yang terjadi. Mereka yang telah memutuskan yang Najib bersalah kerana merompak akan terus berpegang kepadanya, tidak kira apa bukti dan penjelasan yang dikemukakan. Sekali sudah tekad, ia akan terus kekal begitu. Tiada apa yang mampu mengubahnya.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/would-muhyiddin-declare-war-on-china-if-the-edge-says-so/