Times Of Israel mendakwa Najib memuji agama Yahudi dan beliau mengiktiraf Israel sebagai “legitimate interlocutor”

Sekali lagi The Malaysian Inciter dan Anwar Ibrahim memutar-belit.

Kedua-dua telah menyebut satu artikel Times Of Israel mendakwa Najib memuji agama Yahudi dan beliau mengiktiraf Israel sebagai “legitimate interlocutor”.

Apa yang mereka tidak sebut ialah Times of Israel adalah satu-satunya portal dalam talian ditubuhkan hanya pada Februari 2012 – semestinya bukan kumpulan berita yang ‘establish’ dan sudah pun mempunyai banyak kontroversi. https://en.wikipedia.org/wiki/The_Times_of_Israel#Controversies

Boleh dikatakan bahawa Times of Israel sebagai portal online adalah seperti The Malaysian Insider versi Israel.

Kedua-dua frasa yang dipetik oleh Times of Israel mengenai Najib adalah sebahagian daripada ucapan rasmi PM Najib di Perhimpunan Agung PBB ke-70 minggu lalu di mana Najib menyelar Israel dan berjuang untuk Palestin. Ia sudah tentu bukan apa yang Najib sebut dalam pertembungan dengan PM Israel, Benjamin Nethanyahu.

Berikut adalah ucapan penuh: http://english.astroawani.com/malaysia-news/prime-minister-najib-razaks-speech-un-general-assembly-full-text-74205

Ungkapan pertama kononnya “memuji” Judaisme sebagaimana ditulis oleh Times of Israel ialah:

“Oleh itu, susulan tindakan Rosh Hashanah mencerobohi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan serangan terhadap jemaah masjid itu tiga minggu lepas, saya menggesa kerajaan Israel agar mendukung prinsip tertinggi Judaisme, dan mesej penting dalam kitab Taurat seperti dinyatakan secara ringkas dan padat oleh pendeta Hillel pada abad pertama BC.”

Saya tidak nampak di mana Najib memuji agama Yahudi di sini. Lebih kepada Najib meminta Israel untuk mengamalkan apa yang diajar oleh kitab agama mereka dan menghentikan pencerobohan Masjid.

Ungkapan kedua juga dipetik oleh Times of Israel yang kononnya mengatakan Najib mengiktiraf Israel sebagai ‘legitimate interlocutor’ adalah:

“Ketika ini Israel secara paksa menguasai Tempat Ketiga Paling Suci dalam Islam — sebagai bantahan terhadap bidang kuasa Raja Abdullah dari Jordan, sebagai penjaga sah. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Israel untuk memudahkan umat Islam dari seluruh dunia untuk melawatnya. Kerana adalah menjadi impian dan doa setiap umat Islam untuk mengunjunginya sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.”

Saya tidak nampak di mana Najib mengiktiraf Israel sebagai pemilik sah tapak ini.

Adakah anda tidak memahami kata-kata “Israel secara PAKSA menguasai” atau frasa “sebagai bantahan terhadap bidang kuasa Raja Abdullah dari Jordan, sebagai penjaga sah”?

Adalah jelas dari artikel Times of Israel bahawa mereka telah mengambil cebisan ucapan rasmi Najib dan cuba memutarbelitkannya – malah keratan frasa yang mereka guna tidak pun menyokong kesimpulan artikel ini.

Nampaknya The Malaysian Inciter dan Anwar yang memutar belit menggunakan portal dalam talian Israel yang juga memutar belit – burung berbulu sama memang terbang bersama-sama.

Mungkin Anwar terlupa wawancara dengan The Wall Street Journal di mana beliau berkata beliau menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel? Satu petikan yang telah diterbitkan ke seluruh dunia?

Saya rasa PMO harus menulis surat kepada Times of Israel supaya meminta maaf dan menarik balik artikel itu.

Selepas itu, mereka harus meminta Anwar dan The Malaysian Insider meminta maaf juga.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1725493847669402