Tun M Mengaku Tidak Memiliki Sebarang Bukti Terhadap Najib

 

Berulang kali dan lebih setahun rakyat Malaysia dan warga asing disogok dengan berita kononnya, Perdana Menteri dan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melakukan kesalahan jenayah yang meletakkan negara ini dalam kesusahan.

Ramai yang percaya akan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pelbagai angka disebut beliau. Pelbagai tuduhan dilemparkan hingga menyebabkan defisit kepercayaan di kalangan rakyat Malaysia terhadap kerajaan.

Malah, angka yang dijadikan elemen utama dakwaan turut berubah-ubah, dari RM42 bilion kepada RM27 bilion.

Bukan itu sahaja, orang kuatnya turut dihantar melancong sambil berselfie membuat laporan polis di seluruh dunia, dan mewujudkan persepsi palsu kononnya Najib akan ditangkap jika ke luar negara.

Disebalik semua dakwaan itu, Dr Mahathir dikatakan bertemu dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di Hotel Fullerton di Singapura dan pernah bertemu penulis Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown untuk melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri.

Malah, New York Times, rakan media kepada Malaysian Reserve dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar menyiarkan artikel dalam Bahasa Malaysia mengaitkan Jho Low dengan anak tiri Najib dan ‘berjuta’ rakyat Amerika yang fasih berbahasa Malaysia menerima manfaat daripada artikel itu!

Tiga hari lalu, Peguam Negara menjelaskan tiada kes terhadap 1MDB daripada sebarang salahlaku.

“Siasatan oleh BNM dilakukan bagi kesalahan di bawah Perenggan (4)(b)Bahagian 1, Jadual Kelima Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, iaitu dengan sengaja atau melulu membuat kenyataan palsu dalam butir material.

“Namun Timbalan Pendakwa Raya 1, Tun Abd Majid Tun Hamzah memutuskan bahawa 1MDB tidak melakukan kesalahan dan mengarahkan tiada tindakan diambil,” katanya.

Katanya, kertas siasatan tersebut juga dipulangkan semula kepada BNM pada 11 September 2015 iaitu pada tarikh sama keputusan tersebut dimaklumkan kepada BNM.

BNM, bagaimanapun pada 1 Oktober 2015, memohon Peguam Negara menyemak semula keputusan tersebut.

“Mengambil kira permintaan dan fakta tiada bukti baharu ditemui, Peguam Negara memutuskan mempertahankan keputusan awal yang dibuat,” katanya.

Tiada disebut pula kemudiannya oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan salahlaku terhadap apa yang diisytihar 1MDB atau kehilangan berbilion Ringgit atau jenayah pengubahan wang.

BNM tidak pernah membuat saranan pendakwaan dilakukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang 2001 atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang dan Pembiayaan Pengganas 2014 yang menjurus kepada satu arah – selepas siasatan dilakukan terhadap transaksi 1MDB, tiada asas untuk membuat dakwaan di bawah kedua-dua akta itu.

Maka, ia dengan jelas membongkar tujuan Raja Selfie, watak utama Mogok Lapar dan penulis blog yang dibayar dengan lumayan dan Sarawak Report berniat jahat untuk menjejaskan reputasi seorang pemimpin sambil menjahanamkan ekonomi dan kewangan negara ini.

Ini adalah kesamaan kepada perlakuan keganasan, iaitu tingkahlaku seseorang yang bertindak mewakili atau mempunyai kaitan dengan mana-mana organisasi atau individu yang menjalankan aktiviti menjurus kepada menjatuhkan atau mempengaruhi dengan paksaan atau keganasan, kerajaan Yang DiPertuan Agong.

Dan apabila orang suruhan sudah ditangkap, Dr Mahathir melabel negara ini sebagai negara pariah dengan mendakwa Malaysia tiada kebebasan bersuara biarpun dia sudah bercakap perkara tiada asas dan berniat jahat sekian lamanya.

Peliknya kita lupa Dr Mahathir sepanjang pemerintahan 22 tahunnya, memenjarakan beratus individu tanpa bicara, terlibat menyingkir dua timbalannya, memecat seorang timbalannya, memberhentikan empat menteri, menghentikan operasi akhbar seperti The Star, Watan dan Sin Chiew Jit Poh kerana menentangnya.

Dan terkini, selepas segala dakwaannya bagai ia bukti sahih, Dr Mahathir berkata : Saya tidak mempunyai bukti!

Berikut transkrip kenyataan Dr Mahathir ketika ditemui wartawan malam tadi di Kuala Lumpur:

WARTAWAN: JADI TUN, APA AKAN TERJADI SELEPAS INI? APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENYINGKIRKAN BELIAU (DATUK SERI NAJIB RAZAK).

TUN M: SATUNYA CARA UNTUK MENYINGKIR BELIAU IALAH MELALUI UNDI TIDAK PERCAYA TETAPI PERLUKAN JUMLAH UNDI YANG CUKUP.

WARTAWAN: KENAPA TUN TIDAK PERNAH MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BELIAU? ANDA ADALAH BEKAS PERDANA MENTERI, ANDA MEMPUNYAI PENGALAMAN BERADA DALAM KEADAAN INI.

TUN M: SAYA TIDAK PERNAH BUAT APA APA LAPORAN POLIS TERHADAP SESIAPA.

WARTAWAN: BIARPUN TERHADAP NAJIB DENGAN APA YANG DIA SUDAH LAKUKAN?

TUN M: SAYA TIDAK MEMPUNYAI BUKTI YANG CUKUP. SAYA TAHU DUIT ITU HILANG TETAPI SAYA TIDAK TAHU.

Tonton: https://youtu.be/kHQ5AcAubpg

Tentunya Dr Mahathir sepanjang 22 tahun pentadbirannya tidak pernah membuat laporan polis terhadap sesiapa kerana dia boleh menyumbat beratus individu ke dalam penjara tanpa bicara.

Dan selepas pelbagai tuduhan dibuat Dr Mahathir terhadap Najib, ayat keluar dari mulutnya, saya tidak ada bukti terhadap Najib.

Oleh Capt (B) Rahmat Omar,
http://mynation.my/dr-mahathir-saya-tidak-ada-bukti-terhadap-najib/