Tun Mahathir Adalah Perdana Menteri De Facto Malaysia, Tidak Setia Maka Disingkir

Muhyiddin Yassin telah membuka satu cerita yang sangat menarik berkenaan pendedahan terbaru beliau yang Tun Dr Mahathir Mohamad telah menawarkan kerusi Perdana Menteri tetapi, menurut Muhyiddin, beliau telah menolak dan meminta Tun Mahathir memberikannya kepada Najib Tun Razak.

Jadi, menurut Muhyiddin, beliau lah yang telah menjadikan Najib Perdana Menteri.

Sebenarnya, itu bukanlah sebenarnya apa yang terjadi. Biar saya ceritakan apa yang sebenarnya terjadi.

Tidak lama selepas malapetaka pilihanraya 2008 (malapetaka untuk Barisan Nasional) Khir Toyo telah menganjurkan satu seminar di Hotel Singgahsana di Petaling Jaya yang dihadiri beberapa ratus orang ahli UMNO. Saya juga berada di sana kerana ingin tahu apa yang akan berlaku walaupun saya bukan ahli UMNO.

Dr Mahathir dan anaknya Mukhriz juga berada di sana, duduk di pentas utama.

Dr Mahathir kemudiannya mengumumkan yang Tun Abdullah Ahmad Badawi sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (beliau telah mengatakan perkara yang sama sejak tahun 2006) kerana prestasi pilihanraya umum yang sangat teruk, kehilangan negeri Pulau Pinang kepada pembangkang, negeri asal Perdana Menteri. (Sebenarnya negeri Tun Mahathir, Kedah juga tumbang kepada pembangkang tetapi tidak pula disebutkan)

Paling menarik, adalah apabila Dr Mahathir mengumumkan yang satu Majlis Presiden akan dibentuk dan Perdana Menteri yang seterusnya akan dipantau oleh majlis ini. Secara ringkas, majlis ini yang akan mentadbir negara.

Tetapi timbalan Abdullah ketika itu, Najib bukan sahaja tidak bersedia untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri, lebih teruk, beliau secara terbuka berkata beliau selaku orang nombor dua akan setia kepada bossnya.

Dan ini telah membangkitkan kemarahan Mahathir dan memberitahu Najib, sekiranya beliau inginkan jawatan Perdana Menteri, beliau mesti berjuang untuk mendapatkannya. Dalam kata lain, beliau mesti tendang keluar Abdullah jika beliau mahu menjadi Perdana Menteri.

Tetapi Najib tidak bersedia untuk melakukan demikian. Sudah tentu akan ada dakwaan yang Najib ‘tiada telur’, bukan seorang pejuang, mahukan jawatan dipersembahkan kepada beliau dan sebagainya. Hujah Najib adalah, selepas prestasi yang begitu buruk pada PRU 2008, perebutan kuasa tidak akan membantu UMNO atau Barisan Nasional.

Jadi Dr Mahathir bertindak mengenepikan Najib. Beliau kemudiannya cuba memujuk Tengku Razaleigh Hamzah. Sama ada beliau benar-benar mahukan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri yang baru atau hanya sebagai situasi untuk mengugut Najib yang ‘jika anda tidak mahu turut serta, saya ada orang lain’ adalah tidak jelas.

Tengku Razaleigh walaubagaimanapun merasakan yang Dr Mahathir hanya menggunakan beliau untuk mendesak Najib menentang Abdullah. Dalam kata lain, Dr Mahathir memberitahu Najib yang jika beliau tidak bersedia untuk mencabar Abdullah, beliau akan dibuang dan digantikan dengan Tengku Razaleigh.
Di dalam skim ini, Muhyiddin sepatutnya akan menjadi orang nombor 2. Sama ada orang nombor 2 kepada Najib atau Tengku Razaleigh. Dr Mahathir tiada perancangan untuk menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Penteri, seperti yang didakwa beliau.

Sudah semestinya, Najib merupakan pilihan pertama Dr Mahathir. Tengku Razaleigh merupakan pilihan kedua atau mungkin bukan pilihan langsung tetapi digunakan untuk membuatkan Najib bertindak dan melawan Abdullah. Tengku Razaleigh sendiri merasakan yang beliau bukan pilihan dari mula lagi tetapi hanya dipergunakan.

Apa pun, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh telah bertemu beberapa kali. Saya rasa sekurang-kurangnya 5-6 kali (sekali di kediaman Tun Mahathir). Ketika pertemuan itu, Dr Mahathir telah menunjukkan ‘syarat pekerjaan’ Tengku Razaleigh. Antara syarat yang perlu dipersetujui adalah pembentukan Majlis Presiden untuk ‘membimbing’ beliau bagaimana negara ini perlu ditadbir.

Tengku Razaleigh marah dan telah menolak sekerasnya. Jika beliau menjadi Perdana Menteri, beliau akan mentadbir mengikut citarasanya sendiri dan bukan menjadi Perdana Menteri boneka kepada seorang Perdana Menteri De Facto di belakang tabir yang memberikan arahan kepada beliau.

Jadi Dr Mahathir membuang Tengku Razaleigh dan kembali kepada Najib. Selepas Najib menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir mula memberikan arahan kepada beliau dan bila Najib sudah tak dapat menahan, beliau terus tidak menghiraukan Dr Mahathir dan berhenti bercakap dengan beliau atau menjawab panggilan beliau selama 6 bulan.

Dan ketika itulah, tahun lepas, Dr Mahathir telah memutuskan yang Najib mesti pergi. Malah, Dr Mahathir secara terbuka berkata – Najib telah menghiraukan beliau dan enggan bercakap dengan beliau selama 6 bulan.

Tetapi beliau perlukan alasan untuk menyingkirkan Najib, seperti ketika beliau menyingkirkan Abdullah – iaitu kontroversi minyak untuk makanan. Itu semua sudah dilupakan, maka isu yang digunakan terhadap Najib adalah 1MDB.

Jadi, bukan, bukan Muhyiddin yang menjadikan Najib Perdana Menteri. Malah, Najib hampir tidak menjadi Perdana Menteri kerana beliau enggan turut serta dalam rancangan untuk menikan Abdullah. Muhyiddin hanya akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Persoalannya, timbalan kepada siapa, Najib atau Tengku Razaleigh?

Jika anda ingin membincangkan siapa yang menjadikan Najib Perdana Menteri, individu tersebut adalah Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh hilang peluang menjadi Perdana Menteri apabila beliau berkata kepada Dr Mahathir ‘pergi mati’. Dan Dr Mahathir menjahanamkan Tengku Razaleigh dengan memilih Najib sebagai Perdana Menteri.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/when-najib-almost-did-not-become-pm/