Tun Mahathir Sepatutnya Bela SOSMA Kerana Ia Tidak Tegas Seperti ISA Tetapi Baik Untuk Negara

Kenyataan terbaru Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menentang penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) bertentangan dengan pendiriannya sewaktu memegang jawatan itu, kata penganalisis politik.

Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, pendekatan terbaru Dr Mahathir berhubung isu itu bertentangan dengan ‘semangat perjuangan’ terutama apabila membabitkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

“Sebagai negarawan, Tun (Dr Mahathir) sepatutnya mempertahankan Sosma kerana ia baik untuk negara kerana ia kurang tegas berbanding ISA.

“Beliau juga sepatutnya mempertahankan prinsip lamanya dalam keperluan untuk mempertahankan negara dari sebarang ancaman dalaman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika sidang media yang diadakan hari ini, Dr Mahathir tidak menyatakan kemungkinan untuk beliau berdepan dengan tindakan undang-undang, terutamanya ditahan dibawah Sosma kerana mengkritik kerajaan berdasarkan tafsirannya apa yang merupakan sabotaj.

Dr Mahathir berkata, sesiapa yang berkata apa sahaja tentang Perdana Menteri bertujuan menjatuhkan kerajaan sedangkan menggantikan kerajaan adalah hak rakyat bagi negara demokrasi.

Bagaimanapun, Samsul percaya bahawa Dr Mahathir tidak akan berdepan dengan apa-apa tindakan undang-undang oleh kerajaan.

“Ini kerana, masih ramai orang (dalam kerajaan) yang masih menghormati beliau, jadi ia tidak akan sampai ke tahap itu.

“Daripada beberapa aspek, Sosma boleh digunakan ke atas sesiapa sahaja di negara ini tanpa mengira pendirian mereka tetapi saya tidak rasa kepimpinan negara akan berbuat demikian (tahan Mahathir) selepas mempertimbangkan sumbanganya kepada negara.

“Penggunaan Sosma juga bergantung kepada definisi ‘ancaman’ dan pihak berkuasa akan menilai sekiranya Dr Mahathir telah berbuat demikian, tetapi ia tidak mungkin berlaku kerana Dr Mahathir telah berjuang untuk negara,” katanya.

Tambahnya, walaupun terdapat kebenaran dalalam kenyataan Dr Mahathir hari ini, kenyataannya masih lagi bertentangan dengan pendiriannya sewaktu memegang jawatan perdana menteri.

Ketika pemerintahan Dr Mahathir, ISA digunakan secara meluas untuk menyasarkan mereka yang menentang kerajaan terutamanya pada Ops Lalang 1987.

Beliau turut menyokong penguatkuasaan semula ISA bagi mengawal minoriti ekstremis yang katanya mampu menggugat kestabilan negara.

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/12/pendirian-tun-m-terhadap-sosma-ironis-kata-penganalisis/