YTL Mencatatkan Keuntungan Sebanyak RM1 Bilion Setahun Untuk Selama 19 Tahun Sepanjang Memegang Lesen Penyediaan Tenaga Ini.

Berapakah keuntungan yang dijana oleh YTL setelah “memeras” rakyat menerusi bantuan Tun M? Dianggarkan YTL mencatatkan keuntungan sebanyak RM1 Bilion setahun untuk selama 19 tahun sepanjang memegang lesen penyediaan tenaga ini.

Apakah Tun M buta terhadap perkara ini?

Kini, Datuk Seri Mohd Najib tidak lagi mahu menyambung kontrak YTL Energy. Adalah amat menyedihkan kerana Allahyarham Tan Sri Ani Arope yang begitu berani menyanggah pendapat Tun M pada ketika itu tidak sempat melihat kezaliman IPP YTL Energy ciptaan Tun M telah berkubur selamanya. Allahyarham Tan Sri Ani Arope telah meninggal dunia pada bulan Disember 2014.

Oleh kerana itu, bukan Datuk Seri Mohd Najib yang mesti digulingkan tetapi Tun M yang mesti bermuhasabah bahawa dia bukan manusia maksum yang semuanya mesti dipercayai dan diikuti.

Adakah Tun M berani menyanggah perkara ini?

Seperti biasa, Tun M tidak akan berani menyentuh walau satu pun dasar yang pernah beliau buat sebelum ini kerana bagi beliau, semua itu sudah lama berlalu.

Selama hampir 20 tahun, Allahyarham Tan Sri Ani Arope membawa duka kutukan orang ramai di atas kenaikan tarif elektrik yang beliau sendiri tidak mampu kawal. Kini beliau telah pergi dengan membawa dosa-dosa Tun M bersamanya dan sekaligus menyelamatkan lagi imej Tun M di mata pentaksubnya.

Sumber:https://aidcnews.wordpress.com/2015/10/08/hanya-kerana-taikun-cina-tun-m-cuba-guling-najib/