Zahid Hamidi Bertemu Dengan FBI Dan Tiada Sepatah Pun Tentang 1MDB Diutarakan Oleh Mereka

Sebelum ini beberapa portal luar negeri melaporkan kononnya FBI melancarkan siasatan ke atas 1MDB.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak ada persoalan mengenai 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dibangkitkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam dua pertemuannya dengan agensi tersebut semalam.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, perkara mengenai 1MDB juga tidak ada dibangkitkan dalam mana-mana pertemuan dengan agensi penguat kuasa lain Amerika Syarikat (AS) termasuk Agensi Perisikan Persekutuan (CIA) sepanjang lawatan kerja rasmi di bandar raya ini sejak Rabu lalu.

“Saya jumpa Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Guilano dan pegawai-pegawai kanan FBI, tidak ada sepatah perkataan pun mereka membangkitkan tentang 1MDB.

“Oleh demikian mungkin perkara ini besar dan diuarkan dalam negara kerana ia telah menjadi isu politik, tetapi pada mereka (itu) bukan isu besar langsung,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sumber:http://www.utusan.com.my/berita/nasional/fbi-tidak-bangkit-isu-1mdb-tpm-1.144895