Zeti dan BNM Telah Merisikokan Kejatuhan Pasaran Kapital Malaysia.

Pada mulanya, ianya sangat melegakan apabila mengetahui lebih spesifik berkenaan dengan siasatan kes ini.

PDRM dan SPRM masih lagi menghadapi masalah dengan saksi di dalam siasatan SRC. Patutlah Pesuruhjaya SPRM begitu marah dengan macai yang cuba bersembunyi. Ia menunjukkan kertas pendakwaan yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah palsu.

Sementara itu, 1MDB telah ‘bekerjasama sepenuhnya’ di dalam siasatan BNM dengan menyerahkan ‘jawapan bertulis dan memberikan dokumen yang relevan’, dan bekerjasama untuk membenarkan ‘kenyataan terperinci saksi dirakamkan’, iaitu daripada staf lama dan baru 1MDB, ahli lembaga pengarah dan pengurusan.

BNM telah menyerahkan laporan mereka kepada Peguam Negara tetapi bukti-bukti telah ditafsirkan sebagai tidak mencukupi jika dibawa ke mahkamah. Terdapat juga cakap-cakap pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial berkenaan penyiasat BNM yang tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tugas yang menjadi penyebab pendakwaan yang sikit terhadap kes AMLA.

Maka, adalah tidak adil bagi Zeti untuk menyalahguna kuasa beliau. Beliau meluluskan permohonan 1MDB untuk melabur di luar negara pada tahun 2009-2011, dan bertanggungjawab untuk mengawasi atau sekurang-kurangnya meneliti laporan yang dihantar oleh 1MDB dari tahun 2011 ke tahun 2015.

“Sebagai ahli perbankan dan penasihat kepada Kerajaan, Bank Negara Malaysia menyediakan nasihat terhadap polisi makroekonomi dan pengurusan hutang awam.”

Zeti tidur di dalam tugasnya dan gagal menyedari 1MDB tidak cermat di dalam pengurusan hutangnya.

Jelas, beliau bertindak setelah melihat tuduhan dari Tun Dr Mahathir, Tony Pua, Rafizi (sudah menyepikan diri), Sarawak Report, The Edge dan banyak lagi. Setakat ini mereka masih lagi belum memberikan bukti dakwaan mereka kecuali putar belit, propaganda dan jejak wang yang palsu.

Tony Pua konsisten menyalak terhadap susun atur baru hutang dengan IPIC walaupun 1MDB sentiasa konsisten memberikan respon terhadap persoalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu. Nampaknya Tony menyebelahi Zeti dan niat jahatnya terserlah.

Kebetulannya, Tony menggunakan ia sebagai pengalih perhatian untuk mengalihkan tumpuan dari siasatan kepada penglibatan beliau dengan Clare Brown, Xavier Justo, Dato Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat. Beliau tidak boleh lari dari menghadapi risiko undang-undang.

SABOTAJ

Ini bermakna Zeti tidak berkeupayaan untuk membuat penilaian yang betul di dalam hal penguatkuasaan dan mengambil keputusan untuk menyalahkan 1MDB dan menuntut 1MDB supaya membawa pulang RM7.5 bilion. Ini dilakukan untuk menutup ketidakcekapan beliau sebagai gabenor BNM.

Zeti tahu, susunan semula perjanjian hutang 1MDB-IPIC adalah satu bahagian penting kerana ianya akan menjana tunai dan mengurangkan hutang kepada satu pertiga dari RM16.5 bilion. 1MDB berkata:

“Pelaburan di luar negara sebanyak US$1.83 bilion adalah berkaitan dengan satu pelaburan pinjaman murabaha dan ekuiti di dalam satu usaha sama dengan PetroSaudi in 2009 – 2011, yang akhirnya ditukarkan pada September 2012 kepada unit dana bernilai US$2.318 bilion. Seperti yang dijelaskan 1MDB kepada BNM sebelum ini, US$2.318 telah ditebus pada 2014 dan 2015, dengan keuntungannya digunakan dengan cekap. Baki US$940 juta unit dana, yang dijamin oleh Aabar telah ditanda sebagai ‘pertukaran aset-hutang’ dengan syarikat induknya, IPIC, sebagai sebahagian dari rancangan rasionalisasi 1MDB.”

“Maka dengan itu, adalah jelas jumlah asal US$1.83 bilion tersebut sama ada telah dibelanjakan atau ditanda untuk pembayaran hutang, yang akan menyaksikan hutang 1MDB menyusut dengan banyak, seperti yang terkandung dalam pelan rasionalisasi. 1MDB telah menyediakan pelbagai jawapan bertulis dan penjelasan lisan berkenaan fakta ini kepada BNM antara Jun hingga penghujung September 2015.”

Pengurangan hutang ini akan meningkatkan keyakinan pelabur dan harapnya, mengukuhkan ringgit dan ekonomi. Jadi, mengapa BNM meminta wang itu dibawa pulang ke Malaysia.

Niat Zeti adalah sama dengan polisi IMF Anwar dahulu iaitu dengan mengarahkan bank menuntut hutang yang tertunggak serentak ketika krisis kewangan tahun 1998-2000. Dengan berbuat demikian, beliau melakukan sabotaj yang sama seperti Anwar untuk memufliskan 1MDB.

Bank akan dipaksa untuk memanggil semula pinjaman 1MDB dan ini akan menyebabkan ia bangkrap. 1MDB juga telah menjelaskan yang ‘kebenaran permohonan itu, apabila telah diberikan, tidak tertakhluk keperluan dana tersebut untuk dibawa pulang’.

Seseorang boleh menjangkakan akan ada siri saman yang memalukan antara syarikat milik kerajaan 1MDB, dan Bank Pusat. Tidak termasuk saman yang melibatkan pihak dan bank lain. Ia akan diperhatikan secara dekat oleh komuniti kewangan antarabangsa.

Daripada memastikan kestabilan kewangan, Zeti dan BNM telah merisikokan kejatuhan pasaran kapital Malaysia.

Sumber: http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2015/10/zeti-continuously-slept-on-job.html