Zeti “tidur” Dan Telah Meluluskan Permohonan 1MDB Begitu Sahaja

Kenyataan Peguam Negara menjelaskan, laporan yang telah dihantar dan permohonan untuk semakan semula oleh BNM adalah tidak mencukupi untuk mewujudkan pendakwaan terhadap 1MDB atas dakwaan kesalahan Perenggan (4)(b) Bahagian 1 Jadual Kelima, Akta Kawalan Pertukaran.

Di dalam kenyataannya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengakui ianya adalah kuasa mutlak Peguam Negara seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan untuk menilai dan memulakan proses pendakwaan. Zeti mengakui:

“Untuk pihaknya, Bank telah meyimpulkan kebenaran yang diperlukan di bawah ECA untuk pelaburan 1MDB di luar negara telah diperolehi berdasarkan maklumat yang tidak tepat atau maklumat yang tidak disampaikan secara sepenuhnya, iaitu maklumat relevan yang diperlukan oleh Bank ketika menilai permohonan 1MDB.”

Ini bermakna Zeti “tidur” dan telah meluluskan permohonan 1MDB begitu sahaja berdasarkan apa yang beliau sifatkan sebagai “tidak tepat atau tidak diberitahu sepenuhnya” di dalam penilaian mereka untuk meluluskan permohonan 1MDB dari tahun 2009-2011.

“Tidak tepat atau tidak diberitahu sepenuhnya” hanya disedari 4-6 tahun kemudian.

Dari tahun 2011-2015, 1MDB, masih lagi mengekalkan rasa hormat kepada BNM, seperti yang dinyatakan di dalam respon mereka yang mereka memberikan semua maklumat berkaitan “penggunaan dana tersebut telah dinyatakan dengan terperinci di dalam nota yang terdapat di dalam penyata kewangan 1MDB, yang diterbitkan kepada umum, bertarikh 31.03.2009 – 31.03.2014”

Gagal untuk menemui bukti ke atas 1MDB untuk jenayah yang lebih serius dan gagal untuk mendakwa 1MDB atas kesalahan Kawalan Pertukaran, BNM bertindak melangkaui Peguam Negara dan menyalahgunakan kuasa mereka untuk:

“Dengan itu, Bank telah menarik balik 3 kebenaran yang ditelah dianugerahkan kepada 1MDB dibawah ECA untuk pelaburan di luar negara yang berjumlah USD1.83 billion dan juga telah mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kepada 1MDB untuk membawa pulang USD1.83 bilion itu ke Malaysia dan menyerahkan pelan rancangan bagaimana ianya akan dilaksanakan kepada Bank.”

Zeti ‘tidur’ di dalam tugasnya dan kerana beliau ‘tidur’lah beliau tak sedar RM2.6 bilion masuk ke dalam negara ini dan masuk ke dalam satu akaun bank. Sila ambil perhatian yang BNM mengaudit kesemua bank dan terlepas sesuatu yang besar pada tahun 2013.

Terdesak untuk cuba menutup kesilapannya, hasil dari beban tanggungjawab yang begitu berat, beliau kini cuba memastikan legasi beliau tidak tercemar.

Beliau perlu menyalahkan orang lagi sekali, dan kali ini ianya Peguam Negara dan 1MDB untuk menutup ketidakcekapan beliau dengan meletakkan kesemua kesalahan ke atas 1MDB dan bertindak sendiri.

Tahu yang USD1.83 bilion tersebut akan menyelesaikan 1/3 hutang 1MDB, penarikan balik kebenaran tersebut sebenarnya bertujuan untuk memulakan ‘default’ bank, memufliskan 1MDB dan mencetuskan krisis pasaran kewangan. Ini adalah sabotaj ekonomi!

Ada klausa di dalam SOSMA untuk perkara ini?

Sumber: http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2015/10/zeti-continuously-slept-on-job.html