1MDB EDRA : Beli Loji Kuasa Pada Nilai RM18 bilion Dan Dijual Hanya RM9.83 bilion?

Saya masih melihat banyak fitnah bahawa 1MDB membeli loji kuasa pada nilai RM18 bilion dan dijual hanya RM9.83 bilion.

Itu sememangnya tidak benar. 1MDB membeli semua loji kuasa pada RM12 bilion dan ambil alih hutang legasi RM6 bilion menjadikan jumlah nilai RM18 bilion.

Apabila 1MDB menjualnya kepada CGB untuk RM9.83 bilion tunai, CGN juga mengambil alih hutang RM8 bilion – memberi nilai RM17.83 bilion.

Dan sebab mengapa RM12.05 bilion menjadi RM9.83 bilion ialah:
IPP, seperti mana-mana perniagaan konsesi mempunyai kitaran – dan apabila jangka hayat lebih pendek, nilai adalah lebih rendah – tetapi wang dan keuntungan telah keluar untuk membayar faedah dan juga keuntungan kepada syarikat induk.

Maksudnya sementara 1MDB juga terpaksa membayar kos faedah bagi memperoleh loji kuasa, orang lupa bahawa loji kuasa semuanya menguntungkan dan menjana aliran tunai positif yang menanggung pembayaran faedah dengan juga keuntungan.

Huh? Apa yang anda maksudkan anda terlupa bahawa loji kuasa juga memberi keuntungan dan aliran tunai yang positif? Sudah tentulah!

Oleh itu, akhirnya, 1MDB mendapat pulangan modal (break even) daripada penjualan Edra dan sebarang kerugian adalah sangat minimum.

Sudah tentu bukan ‘besi buruk’ atau ‘tiada nilai’ seperti yang Mahathir dan Tony Pua gambarkan tentang nilai kesemua IPP itu.

Syarikat China tidak bodoh.

Petikan berikut adalah daripada artikel MalaysiaKini:
“Selain daripada bayaran tunai RM9.83 bilion, CGN juga akan mengambil alih hutang Edra yang berkaitan secara kasarnya RM8 bilion, kata 1MDB sebelum ini.” http://www.kinibiz.com/story/corporate/202469/cgn-says-may-list-1mdb-power-assets-down-the-road.html

Oleh itu, sila hentikan fitnah yang 1MDB membeli pada RM18 bilion dan menjual pada RM9.83 bilion dan kerugian RM8.17 bilion.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1739225966296190&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater8