1MDB EDRA : Jawapan Pembelian Asset Untuk Turunkan Tariff Elektrik Nampak Dangkal?

Jualan 1MDB Edra: Tuduhan dan Jawapan.

TUDUHAN KERUGIAN 5: Kerana ini jugalah kita awal-awal sudah bising tentang mismanagement dan entah apa-apa lagi yang berlaku dalam 1MDB sehingga akhirnya terpaksa menjual assets dan kepada syarikat asing.

p/s: Tak payah ceritalah tentang pembelian assets ini untuk turunkan tariff letrik, nampak dangkal sangat.
——
JAWAPAN ‘KERUGIAN’ 5: Kalau 1MDB tidak beli dari Ananda Krishna, 8 IPP itu sudah lama dijual kepada orang asing. Negara-negara lain termasuk Indonesia, Singapore, India, Australia semuanya membolehkan sektor penjanaan elektrik dibeli oleh orang asing, Malaysia tidak boleh pula?

Anda mahu pelaburan asing masuk ke Malaysia atau tidak?

Pelabur asing lari, Ringgit jatuh – anda meroyan. Pelabur asing masuk sekarang untuk mengukuhkan matawang, anda kata jual negara. Apa ini?

Lagipun, perkongsian pasaran Edra di Malaysia tidak banyak pun – hanya 14% – selebihnya ialah TNB dan Malakof milik Syed Mokhtar.

Kalau TNB mahu beli, tawarlah harga yang berpatutan. Mengapa kerajaan perlu rugi RM2 bilion jual kepada TNB yang 50% sahamnya milik orang swasta?

Tentang 1MDB selalunya menawarkan harga termurah bagi setiap tender kadar elektrik kepada TNB itu tidak mahu cerita? Kerana harga yang ditawar termurah, 1MDB untung kurang tetapi siapa yang untung lebih? Rakyat dan TNB.

Walaupun kadar elektrik ada naik pada tahun 2014 oleh kerana subsidi gas kepada IPP telah dikurangkan. Tetapi, yang untungnya ialah Petronas.

Kadar elektrik turun pada bulan Mac 2015 tak nak cakap pula?

——-
TUDUHAN TAMBAHAN: Kalau macam ni punya assets rationalisation (read jual harta) tak perlu lah ambil grad LSE jadi CEO bayar gaji mahal-mahal.

JAWAPAN TAMBAHAN: Iya lah. Lebih baik kesemua aset diberi balik kepada kroni-kroni Tun M saja seperti dulu. Semua gembira.

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.my/2015/11/jualan-1mdb-edra-tuduhan-dan-jawapan.html