1MDB EDRA : Kerajaan Tetapkan Mekanisme Untuk Melindungi Kepentingan Negara

Kita tidak perlu bimbang tentang isu penjualan Edra kepada syarikat asing kerana kita sudah mempunyai mekanisme untuk melindungi kepentingan kita dalam industri tenaga ini melalui berikut:

1. Perjanjian pembelian tenaga (PPA). Syarat-syarat perjanjian itu tidak boleh dipinda sehingga tarikh luput bagi setiap PPA. Semuanya tetap sama tidak kira sama ada ia milik tempatan atau asing.

2. IPP tidak boleh beroperasi tanpa bekalan bahan api. IPP hanya boleh membeli minyak dari Petronas dan arang batu dari TNB. Ini pada dasarnya bermakna kita juga mengawal IPP melalui perjanjian ini.

3. TNB mempunyai klausa “step in”. Sekiranya pengendali IPP gagal dalam pelaksanaan, TNB boleh campur tangan dan mengambil alih loji IPP.

4. Penalti akan dikenakan jika IPP gagal untuk menjana dan menghantar jumlah tenaga elektrik yang sudah dipersetujui seperti di dalam perjanjian PPA.

5. Rangsangan FDI kerana jumlah pelaburan asing ini agak besar kepada negara dalam masa yang sukar ini adalah sangat dialu-alukan.

6. Urus niaga ini akan mengurangkan hutang kumpulan 1MDB kira-kira sebanyak 40%. Dari RM42 bilion kepada RM25 bilion.

7. Perbezaan harga antara pembida asing dengan tempatan adalah lebih kurang RM2.2 bilion. TNB bukan 100% milik kerajaan kerana ia merupakan syarikat yang tersenarai. Sebarang diskaun RM2.2 bilion yang diberi kepada TNB juga bermakna memberi manfaat kepada ramai pemegang saham swasta atas perbelanjaan Kerajaan dan semua rakyat.

8. Kelulusan oleh kerajaan untuk menjual 100% pemilikan aset ini kepada pelabur asing adalah kelulusan “one-off” dan ia tidak boleh digunakan untuk pembidaan IPP pada masa depan.