1MDB EDRA : Mengapa RM12 bilion Menjadi RM9.83 bilion

Jualan 1MDB Edra: Tuduhan dan Jawapan.

TUDUHAN KERUGIAN 1: Berniaga buluh kasap, beli mahal jual murah, masuk angin keluar asap. Hari ini secara rasminya 1MDB menjual Edra Energy dengan harga RM9.83 billion kepada CNG (China Nuclear Power Corporation).

Harga belian kesemua Energy assets tersebut adalah RM12 billion (termasuk goodwill RM2 billion).

Kerugian kerana membeli mahal, menjual murah saja sudah lebih RM2 billion. Ini bermakna goodwill yang dibayar oleh 1MDB dulu langsung tiada bernilai, sudah jadi badwill.
——
JAWAPAN ‘KERUGIAN’ 1: Apabila 1MDB menjual Edra kepada CGB untuk RM9.83 bilion, CGN juga mengambilkira hutang RM8 bilion – memberi jumlah nilai RM17.83 bilion.

Dan sebab mengapa RM12 bilion menjadi RM9.83 bilion ialah:
IPP, seperti mana-mana perniagaan konsesi lain mempunyai jangka hayat – dan apabila jangka hayat lebih pendek, nilai adalah lebih rendah – tetapi wang dan keuntungan yang keluar untuk membayar faedah dan juga mendatangkan faedah kepada syarikat induk.

Maksudnya – sementara 1MDB juga terpaksa membayar kos faedah bagi memperoleh loji kuasa, orang lupa bahawa kesemua loji kuasa ini menjana keuntungan dan aliran tunai positif yang mampu membayar kadar faedah dan keuntungan sekali.

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.my/2015/11/jualan-1mdb-edra-tuduhan-dan-jawapan.html