1MDB Penakut Atau Pakatan Pembangkang Yang Melatah?

Kelakar apabila melihat Tony Pua, Anthony Loke, Rafizi Ramli dan kesemua ahli pakatan memanggil Arul Kanda penakut kerana enggan berdebat dengan Rafizi Ramli. Sudah tentu, yang memerhati pun sama sibuk mengutuk dengan penyokong Tony Pua memanggil Arul ayam dan penyokong Arul memanggil Tony ayam.

Pada akhirnya anda akan mempercayai apa yang anda ingin percayai dan tiada debat mahu perbalahan yang akan mengubahnya. Maka tindakan Tony Pua adalah betul di mata penyokongnya, tindakan Arul adalah betul di mata penyokong beliau.

Apapun, biar saya jelaskan dengan analogi berdasarkan apa yang saya lihat.

Seorang lelaki bernama Spielberg duduk di sebuah bar bersebelahan seorang lelaki Cina bernama Pua dan kedua-duanya mabuk teruk selepas minum beberapa jam. Tiba-tiba lelaki Yahudi itu menumbuk lelaki Cina itu dan beliau jatuh ke lantai.

“Kenapa tumbuk saya?” lelaki Cina itu bertanya ketika beliau berusaha bangun.

“Untuk pengeboman Pelabuhan Pearl,” balas lelaki Yahudi itu.

“Saya Cina. Kami tidak mengebom Pelabuhan Pearl. Orang Jepun yang bom”

“Cina, Jepun, semua sama sahaja,” balas lelaki Yahudi tadi.

Selepas merajuk untuk beberapa ketika, lelaki Cina itu tiba-tiba menumbuk lelaki Yahudi dan beliau terjatuh.

“Kenapa tumbuk saya pulak?” tanya lelaki Yahudi sambil berdiri semula.

“Sebab peristiwa kapal Titanic yang tenggelam”

“Bukan kami yang buat, kapal tu terlanggar aisberg.”

“Aisberg, Spielberg, semua sama,” balas lelaki Cina itu.

Mereka berdua sambung minum dan semakin ganas antara satu sama lain.

Lelaki Cina itu hilang sabar dan mencabar lelaki Yahudi itu untuk bergaduh.

Penjaga bar tersebut semakin bosan dengan keadaan itu dan menyuruh mereka berdua menyelesaikannya ‘di luar’.

“Tiada masalah,” kata lelaki Cina. “Jom kita keluar bergaduh,” katanya kepada lelaki Yahudi itu.

“Setuju!” kata lelaki Yahudi sambil melipat lengan bajunya.

“Jika anda mula bergaduh, jangan sesekali datang ke sini lagi. Saya melarang anda berdua datang ke bar saya lagi,” penjaga bar memberikan amaran.

Lelaki Cina itu kemudian memberitahu penjaga bar, “Tiada masalah. Saya akan tetap melawan Yahudi ini. Tetapi saya akan panggil adik perempuan saya untuk menggantikan tempat saya kerana saya masih mahu datang ke bar ini.”

“Saya tak mahu melawan adik perempuan anda,” kata lelaki Yahudi itu. “Lawan saya adalah anda. Anda yang mencabar saya untuk berlawan, bukan adik perempuan anda.”

Lelaki Cina itu kemudian menjerit kepada semua orang, “Hey semua. Lihat Yahudi pengecut ini. Beliau tidak berani melawan adik perempuan saya. Beliau memberikan alasan bodoh yang lawannya adalah saya, bukan adik perempuan saya.”

“Boo! Pengecut! Tiada telur! Kenapa anda tak berani melawan adik perempuan beliau?” jerit pelanggan-pelanggan separuh mabuk di dalam bar itu.

Dan ketika itulah penjaga bar memutuskan untuk berhenti kerja pada Isnin berikutnya dan mencari kerja lain.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/when-the-cock-calls-arul-kanda-chicken/