Alvin Tan Mohon Maaf

Pengacau Alvin Tan yang dikecam hebat kerana menggunakan Al-Quran sebagai kertas tandas telah memohon maaf atas tindakan kurang ajar dan tidak sensitif beliau.

“Saya di sini hendak memohon ampun daripada seluruh umat Islam Malaysia dengan seikhlas-ikhlasnya atas perbuatan saya yang biadap,” tulis Alvin Tan dalam bahasa Melayu di Facebook nya.

Semalam Tan memuatnaik gambar-gambar yang menunjukkan dia menggunakan Al-Quran sebagai kertas tandas.

Bekas blogger seks bertukar pelakon filem lucah melarikan diri dari Malaysia semasa menghadapi dakwaan di mahkamah tahun lalu dan telah memohon status suaka di Amerika Syarikat.

Permohonan maaf beliau, bagaimanapun, tidak diterima baik oleh pengguna-pengguna Facebook. Ramai yang menyatakan kemarahan mereka terhadap Tan. Ada yang berkata bahawa dia cuba untuk mempromosikan filem dewasa beliau.

Lain pula mendakwa tindakan terkini Tan bertujuan untuk menunjukkan bahawa Amerika masih mempunyai sebab untuk memberikan Tan perlindungan politik kerana terdapat ancaman terhadapnya.

Memandangkan penghinaan kerap beliau terhadap Islam, ramai rakyat Malaysia telah menggesa Putrajaya untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam memastikan perlindungan Tan ditolak supaya dia boleh dikenakan tindakan di sini.

Namun hari ini, Tan berkata terdapat peluang kecil sahaja untuk itu berlaku.

“Kes suaka saya telah cukup kukuh saat anda memutuskan untuk menyumbat saya ke dalam penjara kerana gambar makanan saya semasa Ramadhan.”

Beliau juga berkata, perbuatan terbarunya telah dilakukan untuk memperluaskan capaian media sosial dan meningkatkan pendapatan bagi produk-produknya.

“Sejahat dan sesesat pelan pemasaran itu, ia berjaya,” katanya.

Sumber: http://www.beritadaily.com/news/2015-11-13/26830/alvin-tan-says-sorry-over-quran-insult