Anak Anwar Ibrahim Akui Komuniti Mewakili Pemberontak Sulu Sebagai Enttiti Politik Yang Sah

1
Bila Nurul dinner dengan Jacel dalam suasana intim lagi mesra, itu bukan satu masalah. Tiada salahnya dua wanita sepi ini makan bersama sambil saling berkongsi fantasi keluarga yang tidak kesampaian. Yang satu, bapanya gila bayang mau jadi PM. Yang satu lagi, bapanya gian kemaruk mau jadi Sultan.

Tapi isu yang menusuk jantung warga Malaysia, khususnya penduduk Sabah – adalah kenyataan akhbar Nurul yang menegaskan bahawa: Jacel adalah entiti politik yang sah dan seorang pemimpin bagi masyarakat sivil. Sila baca petikan berikut:

“In an immediate statement, Nurul said she had gone to the Philippines on November 9 with PKR colleague Chua Tian Chang, better known as Tian Chua, as part of the party’s delegation to meet political stakeholders in the country. The people they met, including Jacel, were legitimate stakeholders and civil society leaders, she said.”

Sumber:http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/nurul-izzah-says-meeting-with-sulu-sultans-daughter-arranged-by-manila

2
Tanpa sebarang rasa apologetik, Nurul telah memperakukan Jacel sebagai entiti politik yang sah; dan juga mengiktiraf komuniti yang diwakili Jacel (iaitu pemberontak Sulu) sebagai ‘civil society’.

Fuh, biar betik Nurul? Seriously?

Kumpulan manusia yang pernah menceroboh sempadan Malaysia dan membunuh rakyat Sabah macam setan lapar darah – kamu kata itu ‘masyarakat sivil’? YB Nurul, adakah itu cubaan sengaja mau letak nilai moral sendiri lebih rendah dari juntaian puting susu seekor ibu tenuk? Atau kamu sedang berlatih untuk pertandingan Raja Lawak musim ke-15?

3
Pegangan politik Jacel adalah jelas, terang dan nyata: “You are Filipino, Sabah is ours”.

[Rujuk gambar profile Facebook nya di sini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203872935257569&set=a.1329677535788.44027.1646483460&type=3&theater]

Maksudnya, bila Nurul mengiktiraf Jacel sebagai entiti politik yang legitimate – Nurul SECARA LANGSUNG menerima hakikat bahawa tuntutan Jacel kepada Sabah adalah sah dan berasas. Oh ok. Patutlah Nurul ini selalu underestimate Sabah. Rupanya selama ini dia anggap Sabah bukan milik mutlak Malaysia. Tapi harta Kesultanan Sulu.

Saya masih ingat lepas pilihanraya tahun 2008. Nurul buat kenyataan lebih kurang begini: “Walaupun Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan federal, sokongan rakyat kepada kami bersifat lebih majmuk dan berbilang kaum. Sebab kami dapat sokongan semua kaum. Bukan satu sahaja seperti BN.”

4
Amboi, bikin panas telinga. Nurul ingat Malaysia ini cuma ada tiga etnik saja: Melayu, Cina dan India. Dia pura-pura lupa yang Sabah ada 32 etnik, dan Sarawak pula 28. Belum campur komuniti Orang Asli yang ada pelbagai rumpun.

Kalau mau kira parti mana dapat sokongan yang lebih BERBILANG KAUM, tentulah BN. Sebab parti ini menguasai Sabah dan Sarawak serta dapat sokongan Orang Asli. 3 kaum vs 60++ kaum: mana yang lebih BERBILANG?

Tapi saya faham maksud kenyataan Nurul itu sekarang. Dia sebenarnya mau bagitau yang etnik-etnik di Sabah bukanlah bangsa Malaysia, tapi bangsa Filipina – yang berada di bawah jajahan sahabat karibnya Jacel, iaitu ‘pewaris’ Kesultanan Kiram.

5
Nurul, Theresa, Tony et. al memang tidak pernah sensitif pada perasaan orang Sabah. Mau bekerjasama dengan parti lokal pun tidak reti-reti sampai sekarang. Semua kuasa dia mau bolot. Rakus macam kuda jantan yang baru pertama kali belajar mengawan. Tidak tahu sabar, tidak mahu berkompromi. Tapi ada hati mencanang satu dunia, konon dia ini pejuang hak Sabah.

Ini antara faktor penolak terkuat kenapa orang Sabah enggan menyokong politikus seperti Nurul dan para sekutu. Bukan sebab orang Sabah ini sudah mabuk dengan umpan sekampit beras. Bukan juga sebab BN itu hebat sangat sebagai penyelamat umat sejagat. Tapi ini adalah soal memilih imbangan yang paling OK-LAH dari sekalian pilihan yang bobrok dan kucar-kacir. Itu sebab biar pun di Semenanjung ada Pakatan Harapan, namun di Sabah cuma ada Pakatan Tinggal Harapan.

Lebih baik memilih tempayan yang ada terjurit taik di siring-siring. Bila dibasuh berdikit-dikit, masih boleh diguna untuk mengisi air telaga. Daripada memilih untuk terjun ke dalam kolam taik yang maha abadi. Kan?

Oleh Rem Dambul,
Pensyarah dan penyelidik dalam bidang klimatologi,
Universiti Malaysia Sabah.
https://www.facebook.com/rem.dambul/posts/10207999453765445