Apa Beza Najib Jumpa Presiden Israel Dan Izah Jumpa Jacel Kiram

Alasan bodoh dari PKR dan DAP berterusan.
1) “Saya tidak tahu. Sila tanya beliau. Saya bukan suaminya.” – Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR.
2) “Serius sangat kah pun? (Serangan) Sulu ini sudah cerita lama.” – Teresa Kok, Naib Pengerusi DAP
3) “Tiada beza dengan Najib terserempak Netanyahu dengan Nurul Izzah makan malam bersama Jacel Kiram.” – Latheefa Koya, PKR dan Lawyers for Liberty.
——
Perbezaan utama antara pertembungan Najib dengan Benjamin Netanyahu, Israel dan majlis makan malam di antara Jacel Kiram dan Nurul Izzah, PKR:

1) PM Najib terserempak dengan Netanyahu di lobi majlis PBB. Ia bukan satu majlis makan malam dan ia adalah satu pertembungan sekejap tidak sampai beberapa minit pun. Ia bukan perbualan berjam-jam semasa makan malam dan ketawa mesra seperti Nurul Izzah dan Jacel Kiram.

2) Netanyahu bukanlah jurucakap utama pencerobohan bersenjata ke dalam negara Malaysia. Jacel Kiram adalah jurucakap pengganas Sulu.

3) Netanyahu tidak menuntut salah satu negeri di Malaysia untuk keluarga atau negaranya. Jacel Kiram lakukannya dan masih menuntut Sabah dan baru-baru ini berkata pada 28 Oktober 2015;

“Janganlah kita lupa juga rakan-rakan Filipina kita yang sedang dilayan rakyat kelas kedua, dianiayai, diseksa, dirogol dan diusir dari tanah kita sendiri Borneo Utara / Sabah. Ingat Lahad Datu Stand Off pada tahun 2013. Ingat rakan Filipina, Tausugs yang telah dibunuh.”

4) Netanyahu dan Najib tidak memegang poster meminta untuk “Bebaskan Anwar” dan siap bergambar “Wefie”. Nurul Izzah dan Jacel Kiram lakukannya.

5) Jacel Kiram juga menuduh Malaysia; “50 tahun perang saudara di Mindanao adalah disebabkan faktor menjejaskan kestabilan yang ditaja oleh kerajaan Malaysia untuk meneruskan pengambilalihan haram mereka ke atas Borneo Utara / Sabah dengan mengorbankan rakyat Filipina yang berperang satu sama lain khususnya dalam zon konflik oleh itu menjadi kawasan yang termiskin di Filipina, ARMM.”

Netanyahu tidak membuat sebarang tuduhan seperti itu mengenai Malaysia.

Seseorang perlu bertanya kepada Nurul Izzah berapa lama sudah dia telah mengenali Jacel Kiram. Saya faham bahawa ini mungkin bukan pertemuan pertama mereka.
——
Inilah apa yang ditulis oleh Jacel Kiram pada 28 Oktober 2015 di mana dia menghina Malaysia dan mengulangi tuntutannya ke atas Sabah:
https://www.facebook.com/799693860120037/photos/a.801091349980288.1073741829.799693860120037/913456315410457/?type=3&permPage=1

Latheefa Koya dari PKR dan Lawyers for Liberty atau pengampu Anwar mesti bergurau apabila dia mengatakan ini:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/11/20/nurul-meeting-kiram-no-different-from-pms-with-netanyahu/

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1738003749751745&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3