Apa Yang Terjadi Dengan Lapangan Minyak Yang Sangat Besar Di Kota Bahru?

Apa telah berlaku dengan penemuan lapangan minyak yang sangat besar di Kota Bharu yang dikatakan lebih besar daripada medan minyak luar pesisir ini?
——
Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.

Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

“Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.

“Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan.

“Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/husam-kelantan-temui-minyak-di-kb-akan-usaha-sendiri-1.124519

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1735190810033039&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater