Berkali-Kali Sesi Penerangan Namun Tiada Kelibat Pakatan Pembangkang

Semalam, telah berlangsung sesi penerangan merangkap sesi soal jawab yang dianjurkan di PWTC untuk menjelaskan butiran dan menjawab persoalan berkaitan 1MDB, TPPA dan Bajet 2016.

3 isu itu kini menjadi titik fokus kontroversi dan menjadi modal pembangkang mengkritik kerajaan yang dikatakan tidak cukup maklumat dan tidak mempunyai butiran dan penjelasan terperinci.

Kebanyakan yang hadir adalah adalah wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, pertubuhan belia, syarikat korporat, dan juga golongan profesional.

Pembangkang, yang juga dijemput ke sesi ini, tidak menghadirinya walaupun mereka paling lantang mengkritik 1MDB, TPPA dan Bajet 2016. Memandangkan mereka mempunyai paling banyak soalan untuk ditanyakan dan sangat kritikal terhadap 3 isu ini, mereka boleh menghadiri majlis semalam dan mendapat jawapan untuk pertanyaan mereka.

Tetapi mereka tidak hadir. Dan mereka masih berkeras untuk mengundi menolak Bajet 2016 dan mahukan Perdana Menteri Najib Razak untuk meletak jawatan atas sebab tiada penjelasan yang baik untuk 1MDB. Isu utama yang dibangkitkan oleh pembangkang adalah melainkan kerajaan dapat menjelaskan apa yang telah terjadi terhadap 1MDB dan membuktikan tiada salah laku, maka terdapat jenayah yang telah dilakukan.

Sesi penerangan dimulakan dengan Arul Kanda Kandasamy, Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Kebanyakan yang datang ke sesi penerangan semalam berkata mereka berpuas hati dengan penerangan yang diberikan, malah kini dapat melihat gambaran situasi dengan lebih jelas, tidak seperti apa yang dikatakan pembangkang.

Jadi mengapa pembangkang, yang begitu lantang dengan 3 perkara tersebut, tidak menghadirinya? Mereka berkata kerajaan mendiamkan diri, tidak memberitahu rakyat apa yang sedang berlaku, enggan menjawab soalan, mahukan debat dan sebagainya. Tetapi bila sesi penerangan dan soal jawab dianjurkan, mereka boikot dengan segala macam alasan dan berkata kerajaan enggan menjelaskan apa yang sedang berlaku.

Sebenarnya, mereka enggan hadir kerana jika mereka berbuat demikian, mereka tidak lagi boleh berkata mereka tidak tahu apa yang berlaku. Mereka akan ada peluang untuk bertanya dan jika Arul Kanda berjaya menjawab semuanya, mereka tidak lagi boleh mengulang soalan dengan alasan persoalan mereka tidak berjawab.

Persepsinya, bagi mereka, banyak lagi soalan yang masih tidak dijawab. Jika mereka menghadirinya, maka persoalan mereka akan terjawab dan ini menyebabkan mereka tidak lagi boleh bertanya soalan yang sama berulang kali kerana telah dijawab.

Inilah sebenarnya strategi mereka. Bercakap seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa dan masih banyak soalan yang tidak dijawab kerana kebenaran ‘disembunyikan’ jadi kita mesti menganggap mereka menyembunyikan kebenaran kerana jenayah telah dilakukan.

Tony Pua dan Rafizi Ramli sepatutnya perlu menghadiri sesi penerangan semalam dan mengambil peluang untuk bertanyakan soalan. Lagipun, mereka telah mencabar Arul Kanda berdebat supaya kebenaran dapat dirungkai. Kemudian mereka bertukar fikiran dan berkata ia bukan sesi debat tetapi hanya sesi soal jawab.

Jadi semalam, ianya sememangnya sesi soal jawab. Jadi mengapa mereka tidak ke PWTC dan bertanya soalan supaya boleh dijawab Arul Kanda. Malah, mereka boleh bertanya soalan berkenaan TPPA dan Bajet 2016 juga. Sambil menyelam minum air.

Tetapi mereka tidak melakukannya. Dan mereka akan terus-terusan berkata begitu banyak soalan yang tidak dijawab dan disebabkan itu, jenayah dianggap telah dilakukan.

Jadi ianya bukanlah berkaitan dengan mencari kebenaran. Jika tidak, sudah pasti Tony dan Rafizi akan mengorek kebenaran dari Arul Kanda. Tapi mereka tidak berbuat demikian kerana bagi mereka jika banyak soalan tidak dijawab, ianya adalah bukti ada jenayah telah dilakukan.

Tony dan Rafizi telah mencabar Arul Kanda untuk berdepan dengan mereka dan memandangkan Arul tidak akan melakukannya, beliau pengecut dan tidak berani berdepan dengan ‘skuad penembak’. Tetapi skuad penembak dibentuk semalam tetapi Tony Pua dan Rafizi tidak pergi ke PWTC untuk menembak Arul.

Jadi siapa pengecut sekarang? Arul Kanda berdiri di atas pentas berhadapan dengan skuad penembak. Tetapi Tony dan Rafizi bersembunyi di rumah dan tidak ke PWTC. Dan mereka akan berterusan berkata banyak soalan tidak dijawab dan Arul tidak berani menjawabnya.

Apa pendapat anda mengenai semalam? Mari kita lihat apa yang akan diperkatakan Tony dan Rafizi sekarang. Adakah mereka berkata Arul enggan menjawab atau mereka akan terus diam?

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/why-did-tony-pua-and-rafizi-ramli-not-dare-face-arul-kanda/