Berkata Benar Dalam Debat 1MDB Adalah Sia-Sia – Ahli Parlimen DAP

Tony Pua kini berkata bahawa walaupun Arul berkata benar dalam perdebatan, ia adalah sia-sia dan tiada apa yang dia boleh lakukan.

Huh? Saya fikir anda ingin tahu kebenaran dan boleh menghentam Arul mengenainya secara langsung di TV?

RTM telah berkata mereka akan siarkan debat itu secara langsung.

Adakah anda maksudkan debat ini tidak jadi? Dibatalkan?

Jutaan rakyat Malaysia kecewa.

Tony, katakan saja anda terlalu takut dimalukan oleh juara perbahasan, Arul. Tidak perlu untuk meminta maaf.

Kami faham.
—–
“Ia tidak berbaloi,” kata Pua apabila ditanya di Kuala Lumpur hari ini jika potensi mendapat jawapan mengenai skandal 1MDB akan berbaloi dengan berhenti dari PAC.

Isu-isu yang melanda 1MDB adalah lebih besar daripada sekadar Arul Kanda dan PAC sedang mengkaji lebih daripada hanya 1MDB, seperti ‘keterlaluan dalam kerajaan’ juga, katanya.

Pua menegaskan bahawa walaupun jika beliau berhenti PAC untuk berdebat dengan Arul Kanda dan mendapatkan kebenaran, tiada apa yang dia boleh lakukan dengan maklumat tersebut.

“Jika saya pergi berbahas (dengan Arul Kanda), walaupun dia berkata benar, tiada apa-apa yang boleh saya lakukan selain daripada itu sahaja,” katanya.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1732545583630895&set=a.1505290066356449.1073741832.100006264096443&type=3&theater