Bukti Hansard Pengunaan YB Chong Chien Jen Berbohong Isu Guna Bahasa Inggeris Dalam Parlimen

Berikut adalah kenyataan ahli parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen di akaun Facebook beliau, mempertahankan kejadian huru-hara tempoh hari di dewan rakyat ketika beliau menggunakan bahasa Inggeris:

“Apabila saya cuba mempertahankan hak istimewa Sarawak, contohnya hak ahli parlimen Sarawak untuk berbahasa Inggeris di parlimen, cybertroopers Umno semua keluar dan menyerang (di akaun Facebook) saya.

“Saya yakin majoriti besar rakyat Sarawak menyokong pandangan dan pendirian saya. Daripada rakyat biasa Sarawak ini saya membina kekuatan”

“Semakin ganas serangan Umno pada saya untuk mempertahankan hak Sarawak, lebih banyak mudah untuk kita rakyat Sarawak untuk menolak Umno dan BN.

“Untuk BN Sarawak, kini adalah masa untuk anda memutuskan hubungan dengan Umno dan keluar dari BN. Selagi anda kekal dalam BN, anda akan tunduk kepada telunjuk Umno dan memudahkan penjajahan Umno di Sarawak .”

Agak lucu saya membacanya, kerana terlalu ketara inilah yang YB Chong inginkan, political miliage di atas isu sensitif yang beliau sengaja mulakan sendiri. Di media sosial, video beliau gagap berbahasa Inggeris menjadi viral dan menjadi bahan lawak. Malah ada juga video parodi “Tututu Hulu Hala” disebarkan.

Malahan di Facebook beliau, komen “tutu hulu hala” penuh sehingga beratus, itu yang beliau anggap adalah cybertrooper Umno.

Adakah benar huru-hara tempoh hari adalah kerana Chong mempertahankan hak berbahasa Inggeris di dalam Dewan Rakyat?

Saya meneliti hansard pada 17 November 2015 untuk memahami konteks apa sebenarnya yang berlaku. Adakah beliau dihalang speaker untuk bercakap dalam bahasa Inggeris?

Berikut adalah petikan dari hansard Dewan Rakyat:



Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Bekalan 1010200 – Pengurusan Dewan. Mr. Chairman, since the formation of Malaysia in 1963, the rights and privileges of Sabah and Sarawak have often been neglected, forgotten and brushed aside. That is what I’m trying to bring up today. I wish to set the record straight, that in particular in respect of the rights of MP for Sabah and Sarawak we are entitled to use English language in this House.

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Dia kena dengan izin Speaker Yang berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Mr. Speaker, that is a difference. Dengan izin ada as of right.

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Penampang menggunakan bahasa Inggeris dengan izin Speaker. Tetapi pada ketika itu juga Speaker bagi tahu dia tidak ingin jadikan itu sebagai kebiasaan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Mr. Chairman, Mr. Chairman, Mr. Chairman. The use of English is guaranteed under Article 161?

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Kita ada peraturan mesyuarat, dengan izin speaker dalam Dewan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Dengan izin. Under Article 161(1) “No act of Parliament terminating or restricting the use of the English language for any purpose mentioned in clause (2) to (5) of articles.

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Saya yakin Yang Berhormat boleh berucap dalam bahasa Malaysia.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ini, no it is a different matter, it is not whether I can speak in bahasa or I cannot speak in bahasa Malaysia.

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: I can also speak in English Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: But the whole thing is that, this is our rights here. Mr. Chairman you are also from Sabah. This is our right, we should not…

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Saya tahu tetapi tempoh hari itu kita bagi keputusan kita tidak inginkan itu jadi kebiasaan dalam Dewan.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: We should not unnecessarily restrict our rights as guaranteed under the constitution, sub clause. There is a specific reference in the constitution to the use of English language in either House of Parliament by a member for or from the state of Sabah and Sarawak. What do you want Yang Berhormat Bintulu? What do you want?
——-
Daripada hansard di atas, jelas menunjukkan YB Chong tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 8 Dewan Rakyat, di mana peraturan tersebut menyatakan dengan jelas bahasa rasmi di Dewan Rakyat adalah bahasa Malaysia tetapi bahasa Inggeris boleh digunakan dengan meminta izin speaker.

Ini memang menjadi kebiasaan, malah ahli Parlimen pembangkang yang lain juga akur dengar peraturan tersebut.

Walau bagaimanapun, Chong dengan sengaja secara angkuh terus berucap menggunakan bahasa Inggeris, tanpa menghiraukan peraturan mesyuarat tersebut. Beliau hanya berbuat demikian setelah diingatkan sebanyak 3 kali.

Beliau tahu ini akan menyebabkan huru hara di dalam Dewan, kerana itulah yang beliau inginkan kerana pilihanraya negeri Sarawak semakin hampir. Apabila kejadian ini kecoh dan menjadi tajuk berita, beliau kemudian menggunakannya konon hak beliau dirampas.

(Untuk rekod, Chong merupakan wakil rakyat Bandar Kuching selama 3 penggal sejak 2004, beliau memang selama ini menggunakan bahasa kebangsaan ketika berucap.)

Apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat adalah sebaliknya, malah timbalan speaker membenarkan beliau bercakap dalam bahasa Inggeris selama 10 minit sehinggalah masa beliau tamat. Perhatikan hansard seterusnya:
——-
Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: For the time being, for the time being I will allow him, that’s it.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Thank you Mr. Chairman for allowing me to use English language and I hope after much research you will concur with what I have said today and shut the mouth of those who objected. Thank you Mr. Chairman.

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya, terima kasih. Habis sudah.

Dato’ Seri Tiong King Sing. [Bintulu]: Tuan Pengerusi, ini mana boleh…

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bandar Kuching sudah habis.

Dato’ Seri Tiong King Sing. [Bintulu]: Ini tidak cakap perpaduan. Keharmonian dalam negara kita… [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Tidak apalah Yang Berhormat. [Dewan riuh] Bangunlah Yang Berhormat Penampang. Yang Berhormat Penampang pada peringkat dasar hari ini pun diberi kebenaran Tuan Pengerusi untuk berucap dalam Bahasa Inggeris. [Dewan riuh]
——-
Apa yang dapat disimpulkan adalah, Dewan Rakyat tidak pernah menghalang YB Chong dari berucap dalam bahasa Inggeris, cuma ia perlulah dilakukan mengikut peraturan mesyuarat, ada adab dan susilanya tanpa menunjukkan bahasa kebangsaan dianaktirikan.

Apa tidak cukupkah 60 tahun kita merdeka, kenapa kita masih mengagungkan bahasa penjajah? Tidak dapat dinafikan bahasa Inggeris itu penting, tapi kepentingannya tidak harus menjadikan bahasa kebangsaan yang kita banggakan sebagai kelas ke-2.

Kepada YB Chong, anda tidak perlu melakukan political stunt murahan sebegini untuk melonjakkan nama dan parti kamu. Secara khusus, anda mungkin memperoleh sedikir miliage untuk pilihanraya negeri Sarawak yang akan dilakukan pada bila-bila masa.

Tetapi pada negara amnya, apa yang anda lakukan adalah “damage” yang teruk kepada DAP, di mana kini ia dilihat sebagai parti yang tidak menghormati bahasa kebangsaan, yang akan mengakibatkan undi melayu hilang.

Menang sorak kampung tergadai. Projek Impian Sarawak yang sedang dilakukan DAP adalah satu kempen politik yang bagus, bukan apa yang anda lakukan.

Akhir sekali, tidak pula terdengar suara tokoh pejuang bahasa yang saya segani A Samad Said (yang menyertai DAP), bercakap dalam isu ini?

Oleh Harris Nasril,
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/bukti-hansard-menunjukkan-yb-chong-berbohong-harris-nasril