Charles Morais Disiasat Kerana Lari Dari Bayar Cukai Di Amerika Syarikat

Richard memberitahu The Malaysian Insider bahawa Charles disiasat kerana lari dari membayar cukai di Amerika Syarikat empat tahun lalu. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hes-the-real-fraud-morais-brothers-slug-it-out-in-the-open

“Google Charles Morais dan baca segala-galanya tentang aktiviti jenayahnya di Amerika Syarikat, dari situ rakyat Malaysia boleh menilainya dengan segera,” katanya dalam mesej teks ringkas.

Sehubungan itu, ahli perniagaan itu menggesa Charles Morais segera mengemukakan bukti yang didakwa diperolehnya itu dan bukan hanya sekadar bercakap kosong.

Richard memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis perlu menangkap Charles kerana membuat tuduhan liar melalui beliau SD.

“Saya juga merasakan bahawa polis perlu menyoalsiasatnya tidak lama lagi dan menjalankan penyiasatan tentang tuduhan liar dan mendakwanya jika dia didapati menipu.”