DAP Khianat Perjanjian Dalam Pakatan Pembangkang Bersama PAS – Hadi Awang

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membongkar bahawa DAP adalah pihak yang sebenarnya mungkir janji dalam perjanjian Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, ketiga-tiga pihak dalam PR sudah bersetuju untuk memberikan hak kepada Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.

Persetujuan itu pula telah diikat dengan tanda tangan bersama yang ditandatangani bersama antara beliau sendiri mewakili PAS, Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Kit Siang (DAP).

“Akhirnya dia bersetuju buat kenyataan bersama. Itu hak Kelantan. Adapun DAP tak setuju, itu hak DAP.Ikut pandai kamu lah, itu hak kamu, itu maknanya.

“Nak laksana syariat, ini hak Kelantan. Dia setuju dan tanda tangan surat. Saya ‘sign’. Datuk Seri Anwar ‘sign’. Lepas itu Lim Kit Siang pun ‘sign’ surat itu. Disebar dalam surat khabar beberapa tahun dulu.

“Tiba-tiba sampai masa kemuncak, kita nak bawa di Kelantan, dia (DAP) bantah lagi. Dia buat satu langkah yang keras, kalau sekiranya kita bawa juga, dia nak keluar dari Pakatan Rakyat. (kita) kata keluarlah, keluar.

“Kita tegas dengan pandangan kita,”kenyataan Hadi yang dipetik sumber Harakah didedahkan semula oleh Iszuree Ibrahim.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/11/11/hadi-bongkar-dap-sebenarnya-pihak-yang-mungkir-janji/