DAP Lawan TPPA Kerana Memegang Kata-Kata Obama

Perjanjian TPPA adalah sebanyak 30 bab, dan 6,000 mukasurat tetapi cara DAP membuat keputusan yang mengejutkan! Kualiti pembangkang kita adalah mengejutkan!

Semalam DAP berkata ia akan menentang perjanjian Trans-Pasifik (TPP) di Parlimen kerana Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata harga ubat-ubatan mungkin meningkat.

Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata menteri-menteri yang berunding perjanjian bagi pihak Malaysia perlu menjelaskan kesan TPPA terhadap harga ubat.

“Sebelum kita masuk untuk mengundi, (membaca) beribu-ribu muka surat perjanjian itu, Presiden Amerika Syarikat telah berkata harga ubat akan naik.

“Tidak perlu untuk membacanya lah. Jika harga ubat akan naik, apa lagi yang akan naik?” kata Lim Guan Eng.

Aduh! Inilah bagaimana pembangkang kita melakukan sesuatu. Menentang hanya kerana membangkang. Tidak mahu mengkaji kebaikan dan keburukan perjanjian itu tetapi mahu menentang kerana Obama berkata harga ubat akan meningkat.

Adakah anda sudah mengkaji apa faedah TPPA dan bagaimana kemungkinan peningkatan dalam kos perubatan boleh dikurangkan? Hospital Kerajaan tidak mengenakan caj tinggi untuk perubatan dan adalah terbuka kepada semua.

Apa impak kepada Malaysia jika kita tidak menandatanganinya tetapi negara jiran melakukan sebaliknya? Adakah terdapat aliran keluar modal yang lebih dan perdagangan dihantar melalui Singapura kerana Singapura menandatanganinya dan kita tidak – dengan itu menjadikan Malaysia kehilangan keuntungan dan cukai kepada Singapura?

Jika TPPA tidak baik, mengapa Indonesia mahu menandatangani juga?

Ia seolah-olah kepada DAP, semua ini tidak perlu dikaji atau diselidik dan sudah tidak perlu membaca beribu-ribu muka surat perjanjian kerana Obama berkata harga ubat akan meningkat.

Untuk apa kita semua membayar gaji anda? Untuk hanya mengundi “Tidak” kepada segala-galanya?

Bagaimanapun, jadual menunjukkan pembangkang kita tidaklah mengundi “Tidak” kepada segala-galanya. Terdapat beberapa perkara yang mereka sokong. https://goo.gl/m0bVT7

Daripada 2008 hingga 2015, hanya 2 usul disokong pembangkang iaitu usul menghapuskan ISA dan menaikkan gaji dan elaun ahli parlimen!
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dap-rejects-tpp-cites-obamas-reported-remarks-on-drug-price-hikes-as-reason
——
Dan untuk menjadikannya lebih kelakar, Lim Guan Eng nampaknya membuat keputusan untuk tidak membaca dokumen TPPA berdasarkan artikel MalaysiaKini yang salah dan memutar belit apa Obama kata – yang MalaysiaKini telah perbetulkan dan memohon maaf: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1738801763005277&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3

Obama sebenarnya berkata harga ubat akan turun – bukan meningkat.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1738794369672683&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater