DAP Perlu Berada Di Dalam Selangor Untuk Pastikan Pas Tidak Buat Jahat – Lim Guan Eng

Lim Guan Eng mengatakan DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS “tidak buat jahat” di negeri itu.

Media melaporkan Lim mengatakan demikian ketika beliau berucap di Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015.

Ketua menteri Pulau Pinang itu mengatakan DAP perlu berada dan kerajaan Selangor bagi menghalang PAS melaksanakan “dasar yang tidak baik” kepada rakyat negeri itu.

“Lihat Kelantan hutan simpan kekal pun buat pembalakan, Husam (adalah) Adun PAS Kelantan yang kata (mengenai) skandal ini.

“Kalau dia (PAS) boleh buat dekat Kelantan, dia boleh buat juga di Selangor.

“Kita nak tahan PAS daripada buat jahat, macam dia buat jahat di Kelantan,” kata Lim yang juga setiausaha agung DAP merujuk kepada serangan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa terhadap pimpinan kerajaan Kelantan.