DAP Tetapkan Syarat Debat 1MDB, Hanya Mereka Sahaja Boleh Bertanyakan Soalan

Selepas Arul Kanda menarik semula syarat untuk perdebatan secara langsung di televisyen, Tony Pua telah menerimanya TETAPI sekarang Tony menetapkan syarat – hanya dia boleh bertanya soalan, tetapi Arul tidak boleh bertanya kepadanya soalan. Beliau berkata ini adalah idea asal.

Bagaimana pula dengan semua soalan penting ini yang Arul boleh bertanyakan kepada Tony?

“Apakah bukti atau sumber dakwaan anda?”

Pengecut sungguh rupanya Tony Pua ini.

Dia boleh membuat dakwaan tetapi tidak berani walaupun untuk menghadapi penelitian rapi mengenai dakwaannya sendiri.

Lebih baik anda hantar senarai soalan anda melalui WhatsApp saja kepada Arul dan biar dia jawab. Kemudian anda printscreen dan pos di laman Facebook anda – tidak perlu debat siaran langsung.

Jangan buang masa kita, Tony Pua.
—–
Mengikuti konsensus, Pua berkata tawaran asalnya adalah di mana berdepan untul satu rancangan bual bicara secara langsung dan bukan berdebat.

“Ia sepatutnya adalah sesi soal-jawab dan bukan berdebat kerana saya yang bertanya soalan.

“Tiada apa untuk dia (Arul) bertanya kepada saya,” kata Pua kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

https://www.malaysiakini.com/news/317903#ixzz3q76lua43

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1732752740276846&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3