Dialog Sama Pakatan Pembangkang Setiap Kali Bajet Dibentangkan

Rafizi Ramli, PKR dan DAP adalah mendakwa Najib menyimpan berbilion-bilion ringgit di dalam pejabatnya dengan berkata, Jabatan Perdana Menteri mempunyai bajet yang besar.

Bagi yang bangang dan tolol, hasutan Rafizi Ramli itu akan diterima bulat-bulat tanpa mereka sedar, terdapat banyak jabatan dan agensi yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Fakta itu sentiasa cuba ditutup oleh Pakatan Rakyat/Harapan termasuklah di dalam klip video kempen Rafizi Ramli.

Terdapat sekurang-kurangnya 8 Suruhanjaya (MACC, SPR dan sebagainya), 5 Agensi Pusat (MAMPU, UKAS, JPA dan sebagainya), 42 Jabatan dan Agensi (MKN, ESSCM, APMM dan sebagainya), 5 Badan Berkanun (Tabung Haji, Felda, Felcra dan sebagainya) dan 5 Badan Korporat (TERAJU, UNIK, MIGHT, dan sebagainya) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

UKAS sahaja yang memegang dana kemudahan untuk projek infrastruktur Awam-Swasta bernilai berbilion-bilion ringgit. Menerusi UKAS, kerajaan meminjamkan atau mengambilalih saham di dalam projek-projek seperti LRT, MRT dan kampus-kampus baru MARA yang dibina dengan kerjasama swasta.

Tahun hadapan sahaja, ESSCOM akan menaiktaraf keselamatan dalam mempertahankan Sabah daripada pencerobohan. RM523 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan kem-kem tentera ESSCOM di FELDA Sahabat, Lahad Datu.

MKN juga telah diberikan peruntukan yang besar untuk bantuan dan meneruskan usaha pemulihan kawasan yang dilanda banjir selepas banjir besar penghujung 2014.

Pembangkang seringkali memberitahu, Najib dan kerajaannya perlu menanggung dan mengambilalih pelbagai urusan pembangunan, dan tidak lagi menyerahkannya kepada pihak swasta semata-mata. Justeru peningkatan perbelanjaan oleh Jabatan Perdana Menteri pastinya berlaku memandangkan Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak menggunakan PPU dan UKAS yang berada di bawah JPM sebagai dana kemudahan untuk pelbagai projek. Isu perjanjian dan konsensi berat sebelah yang menekan rakyat seperti mana yang berlaku dalam kes membabitkan lebuhraya dan sebagainya sudah tidak wujud lagi.

Rafizi turut menekankan tentang beberapa bilion ringgit dari RM20 bilion yang dikategorikan sebagai perbelanjaan tanpa rekod.
Gurauan bodoh apakah yang cuba dilakukan oleh Rafizi Ramli?
Kesemua perbelanjaan direkodkan. Anda fikir Ketua Audit Negara tidak berguna? Pada bahagian mana Jabatan Audit Negara dan Ketua Audit Negara tidak mengeluarkan laporan secara terperinci membabitkan wang negara yang dibelanjakan oleh setiap jabatan!

Rafizi Ramli dan para penyokongnya sebenarnya cuba menuduh Ketua Audit Negara melakukan penyelewengan dan rasuah!

Begitu juga tuduhan Rafizi bahawa peruntukan besar kepada JPM telah menyebabkan pelbagai subsidi termasuklah subsidi tepung dan minyak masak dihapuskan. Di sinilah kelihatan kebodohan luar biasa Rafizi Ramli atau lebih tepat lagi kalau kita katakan, niat jahatnya yang tidak dapat diselindungi.

Subsidi diberikan apabila harga komoditi seperti gandum dan minyak sawit yang tinggi pada masa lampau. Apabila skim untuk minyak masak diperkenalkan, ia adalah kerana harga minyak sawit melebihi RM3000 satu tan. Sekarang minyak sawit berlegar antara RM2200-2300 satu tan. Nak subsidi apa benda lagi? Dan memandangkan harganya turun mendadak apa perlu lagi disubsidikan harganya? Bukannya kerajaan naikkan harga barangan kawalan ini pun!