Disebalik Pakatan Pembangkang Yang Semakin Suram

Apabila Pakatan Rakyat mencatat kejayaan besar pada Pilihanraya 2008, kita nampak ada sinar di hujung jalan. Dan sinarnya semakin terang apabila kita semakin maju ke hadapan, tetapi akhirnya kita sedar, kita sebenarnya tidak lagi bergerak ke arah sinar tersebut. Dan nampaknya sekarang, ianya makin pudar.

Pakatan semakin lemah, dengan masalah-masalah baru di antara parti-partinya yang muncul hampir setiap hari. Hubungan antara mereka begitu rapuh dan perpecahan kelihatan sangat mungkin untuk berlaku. Keadaan menjadi sungguh teruk sehingga kenyataan yang keluar dari mereka kedengaran tidak lagi logik.

—-
BR1M

Sebelum pilihanraya umum yang lepas, Dzulkefly Ahmad, yang ketika itu salah seorang ahli polisi Pakatan Rakyat, berkata BR1M akan dihentikan jika Pakatan berkuasa. Pembangkang menyamakan BR1M sebagai alat memancing undi dan mengutuknya dengan keras. Apabila kerajaan mengumumkan BR1M akan meningkat dari tahun ke tahun, Adun DAP Lau Weng San dari DAP mengkritik keputusan tersebut, dengan berkata ia akan menambah perbelanjaan yang tidak perlu di dalam bajet. Baru-baru ini, selepas Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan tambahan pemberian BR1M di dalam pembentangan bajetnya, ketua Pakatan Wan Azizah Ismail berkata tambahan itu tidak mencukupi. Sudahkah pembangkang mengakui BR1M sebenarnya adalah perlu?

—-
ISU TOL

Setakat yang saya ingat, Pakatan sentiasa membangkang lebuhraya bertol, malah turut berjanji akan menghapuskan tol. Tetapi selepas Najib mengumumkan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dengan Sarawak tidak mempunyai tol, ahli Pakatan melompat lagi. Bagaimana lebuhraya ini boleh menjadi bebas tol? Rafizi Ramli menuduh Najib pilih kasih dengan Sabah dan Sarawak. So apa nak buat? Nak kenakan tol atau tidak?

SUKE (Sungai Besi-Hulu Kelang Expressway), DASH (Damansara-Shah Alam Elevated Expressway) dan EKVE (East Klang Valley Expressway) adalah tiga lebuhraya utama yang diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Selangor. Protes besar-besaran oleh penduduk yang terjejas tidak didengari. Di dalam kes EKVE, World Wildlife Fund for Nature Malaysia berkata, lebuhraya ini akan melalui 2 kawasan hutan yang dilindungi dan menekankan ini bertentangan dengan janji yang dibuat oleh kerajaan negeri. Lebih teruk, ia akan menjadi lebuhraya bertol.

Apabilla kenaikkan tol diumumkan baru-baru ini, Rafizi dan ahli pembangkang lain mendakwa ini akan menambahkan bebanan rakyat. Mereka cuba meletakkan kesalahan ke atas kerajaan BN. Walaubagaimanapun, apabila didedahkan yang terdapat ahli pakatan yang duduk di dalam lembaga pengarah sesetengah syarikat lebuhraya ini, Azmin Ali terus mempertahankan mereka dengan mendakwa beliau telah mengarahkan mereka membantah kenaikan tol tersebut. Sejak dari itu, tiada isu yang berkaitan kedengaran lagi dan tiada tindakan susulan untuk menyemak semula kenaikan tol oleh ahli pakatan yang duduk di dalam syarikat lebuhraya tersebut.

—-
PENTADBIRAN NEGERI

Apabila PAS memutuskan hubungan dengan DAP tidak lama dulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengarahkan wakil PAS di dalam agensi negeri untuk meletakkan jawatan. Mereka yang enggan akan dipecat. Walaubagaimanapun, apabila Azmin dan Wan Azizah berkata PKR akan terus bekerjasama dengan PAS di Selangor, DAP terus kekal di dalam kerajaan, dengan berkata kehadiran mereka adalah perlu untuk mengelakkan sebarang salah laku. Dengan DAP sebagai pemerhati, adalah pelik bagaimana Azmin boleh meluluskan pembinaan lebuhraya tanpa memberitahu ahli pakatan yang lain. Ketika Rafizi ingin Azmin menjelaskan tindakan beliau dan mengapa ahli lain tidak diberitahu mengenainya, mantan MB Khalid Ibrahim telah mempertahankan Azmin dengan berkata Azmin tidak perlu memberitahu ahli parti lain. Perkara yang sama turut terjadi ketika Azmin menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) tanpa memberitahu ahli Pakatan yang lain.

—-
RUMAH IBADAT

Pada masa lalu, apabila kerajaan Barisan Nasional merobohkan rumah ibadat, ahli pakatan akan mengutuk tindakan berkenaan sekeras-kerasnya dan mengadakan demonstrasi. Dan apabila BN tidak lagi melakukan perkara tersebut, kerajaan pakatan Selangor pula yang melakukannya dengan merobohkan kuil-kuil. Apabila disoal, pemimpin Pakatan mendakwa ianya perlu kerana amalan agama yang dijalankan di kuil tersebut adalah salah. Ada definisi yang jelas amalan apa yang salah dan betul?

—-
CLARE REWCASTLE

Apabila bekas pekerja PetroSaudi International Xavier Andre Justo ditahan di Thailand, Tony Pua telah mengakui telah menemui editor Sarawak Report Clare Rewcastle beberapa kali tanpa sebab yang diketahui. Beliau turut mengakui menghubungkan Clare dengan Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat dari The Edge Media Publication Group. Kita semua tahu apa jadi selepas itu.

Perbualan Whatsapp dari telefon Justo yang bocor telah mendedahkan hubungan yang rapat antara Rewcastle dengan Pua, Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad. Dalam salah satu perbualan, Ho telah menyoal Rewcastle berkenaan dengan satu artikel beliau yang telah ditulis seolah-olah ingin menjatuhkan Najib. Ianya kemudian dibalas oleh Rewcastle dengan berbunyi ‘Saya yang tulis cerita ini, bukan anda. Penuhi komitmen anda dan saya tidak akan lagi terlibat dan saya tidak akan memberitahu sesiapa’. Pihak berkuasa juga memperolehi satu lagi mesej dimana Rewcastle mendakwa beliau memperolehi cerita ini dari ‘orang Anwar’ dan menggunakan Mahathir untuk mendapatkan maklumat yang lain.

Pua dengan keras menafikan yang beliau menjadi salah seorang dari ahli konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Najib. Dengan melihat perbualan mesej yang dibocorkan itu, kalau ianya bukan konspirasi, jadi apa panggilan yang sesuai?

Dah terlalu banyai contoh di mana pemimpin Pakatan akan mengkritik pemimpin BN tetapi kemudiannya mereka melakukan perkara yang sama dengan apa yang dibuat oleh pemimpin BN.

Sekarang kita berada di dalam terowong yang gelap di mana satu-satunya sumber cahaya kelihatan semakin malap. Saya berharap tidak akan ada keretapi yang akan melalui terowong ini. Satu-satunya peluang untuk kita selamat semakin pudar.

Oleh Karamjit Gill,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2015/11/02/hopes-dim-as-pakatan-weakens/