Fitnah YaPEIM Disudahi Dengan Laporan Polis Yang Penuh Persoalan

Setelah mengetahui Jamil Khir Baharom tidak lagi akan menggunakan pendekatan memberi kemaafan dan mengharapkan keinsafan bagi pihak yang menfitnahnya, budak sotong jelmaan Rafizi Ramli yang sedang mencari dan mencipta nama untuk bertanding di Parlimen Johor Bahru pada PRU akan datang, cepat-cepat membuat laporan polis.

Dengan penuh gah, dengan penuh gagah dan dengan penuh kemegahan, laporan polisdibuat di IPD Dang Wangi, bertemankan wartawan dan para penyokong yang mengharapkan pelbagai dokumen bukti akan ditunjukkan kepada mereka dalam usaha membuat lebih banyak tekanan ke atas Jamil Khir Baharom, sekaligus membenarkan tuduhan bahawa Jamil Khir Baharom makan duit anak-anak yatim untuk berjoli katak dan bermain golf di Amerika Syarikat.

Alih-alih, laporan polis yang dibuat, langsung tidak memperkasakan tuduhan-tuduhannya sebelum ini. Sebaliknya, sekadar bertanya 7 soalan yang sekali lagi cuba memberikan gambaran bahawa adalah salah untuk mana-mana Melayu-Islam mendapat elaun besar daripada pelbagai entiti selain menggambarkan YAPEIM adalah sebuah badan yang menguruskan wang derma jariah yang telah disalahgunakan.

Petang semalam, Jamil Khir Baharom tidak sahaja membuat laporan polis tentang fitnah Akmal Nasir, tetapi peguamnya juga berkata, Jamil Khir Baharom akan mengambil tindakan saman ke atas Pengerusi NOW merangkap anak didik ‘sotong’ Rafizi Ramli.

Undang-undang negara terdapat akta khusus untuk menangani masalah fitnah iaitu Akta Fitnah 1957. Akta itu membolehkan seeorang dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya didapati melakukan perbuatan yang boleh merendahkan diri seseorang pada mata masyarakat; tindakan yang boleh menyebabkan seseorang dicemuh, dihina, dibenci dan dikeji; perlakuan yang boleh merosakkan reputasi dalam jawatan, profesion dan perniagaan seseorang; dan bertujuan merosakkan kredibiliti seseorang.

Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Seksyen 499 sehingga Seksyen 502 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-dua-duanya sekali.

Menariknya, dalam laporan polisnya, Akmal Nasir memberikan kenyataan kononnya, dia mendapat maklumat setelah membaca kenyataan berkenaan isu yang difitnah itu menerusi media massa dan sosial, sedangkan hakikatnya, dialah yang memberikan maklumat dan sidang media kepada media!!!

Mengapa sudah terbelit dengan kenyataan sendiri? Apakah Akmal Nasir mengharapkan akan ada satu lagi sesi meminta maaf setelah masa terbuang bertahun-tahun dengan pengurusan kes tersebut di mahkamah sebagaimana yang dilakukan oleh Sam Ketot, Tian Chua, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Wan Azizah?

Yang pasti, budak bernama Akmal Nasir sudah tahu, dia terperangkap dengan kegelojohannya membuat fitnah ke atas Jamil Khir Baharom, apatah lagi isu membabitkan Ar-Rahnu Yapeim dan Yapeim Mart, dan Yapeim Gold dilihat sebagai pengancam dan pesaing utama sektor konvensional di mana hanya puak tertentu sahaja menguasainya selama ini.

Sumber: http://theflyingkick.blogspot.my/2015/11/dari-berapi-api-dan-tak-takut-mati-atau.html