Fitnah YaPEIM : Potongan Gaji Anda Hanya Untuk Amal Jariah

Tiada 1 sen pun sumbangan anda yang diguna ke jalan lain melainkan amal jariah.

Potongan gaji pegawai kerajaan tidak langsung ditolak untuk pentadbiran atau dalam zakat fitrah, sedikit untuk amil. Jauh sekali untuk cuti dan golf.

Tak percaya, fahami carta berikut: http://goo.gl/kfaZIG

Jumlah terkumpul dari potongan gaji adalah RM304.8 juta. Skim lain lebih kurang RM30 juta.

Jumlah yang diberi untuk amal jariah adalah RM453 juta, lebih banyak dari jumlah yang disumbang.

RM118 juta disumbang dari YaPEIM sendiri hasil perniagaan.

Maka demikian tiada langsung satu sen pun ditolak untuk pentadbiran atau kononnya untuk Abang Jamil bercuti dan main golf.

Jika YaPEIM pun turut sumbang maknanya kos pentadbiran pun diserap YAPEIM.

Ini kena faham.
——-
YaPEIM mempunya Lembaga Pemegang Amanah dan Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dijana tanpa sebarang dana daripada kerajaan. YaPEIM berurusniaga sama seperti PNB, sama seperti TH, sama seperti GLC lain. Tapi mereka yang lain itu menikmati Bonus dan Dividen sedangkan di YaPEIM purely gaji dan elaun saja. Mereka turut menguruskan sumbangan Skim Amal Jariah, bukan mereka bergantung kepada dana amal jariah. Serangan kepada YaPEIM sebenarnya adalah berpunca daripada kemampuan YaPEIM menguruskan mikro kredir Ar-Rahnu dan sekarang sedang melangkah dalam peruncitan YaPEIM’s Mart. Ini agenda musuh yang cuba ‘discredit’ kemampuan ekonomi Islam.

– Profesor Datuk Mohamad Naser Disa,
Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM.
——-
YaPEIM adalah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

Memang ada kerja amal jariah untuk anak yatim di bawah PEMANGKIN tapi di fokus utama YaPEIM adalah bangunkan ekonomi Islam.

Tak adalah usik duit allocation amal jariah. Kos perjalanan di bawah kos pengurusan YaPEIM sebagai penganjur dan bukan YaPEIM saja keluar belanja untuk program di US.

Usah risau di situ dan jangan termakan fitnah bahawa Abang Jamil guna duit anak yatim untuk main golf.

Sumber: http://theunspinners.blogspot.my/2015/11/potong-gaji-amal-jariah-yapeim-tak.html