Gejala Rasuah Di Bawah Era Tun Dr Mahathir

Mahathir Mohamad telah mengubah dirinya menjadi juara rakyat, suara untuk mereka yang tidak mampu bersuara. Ini sangat jauh berbeza dengan figura autoritarian yang diingati kebanyakan rakyat Malaysia ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Persona baharu “Mahathir, suara tunggal di dalam kegelapan” telah menerima sokongan dan pengiktirafan. Walaubagaimanapun, populariti baharu beliau ini telah menyebabkan pengkritik beliau menyerang beliau kerana membuka jalan terhadap kutukan berlebihan pada kerajaan sekarang.

Dan ianya dakwaan yang adil. Lagipun, ketika zaman pemerintahan Mahathir lah kesemua institusi awam hilang taring dan kuasa Raja-Raja Melayu dikurangkan secara mendadak. Ketika zaman beliau lah para pengkritiknya hilang dari rumah pada tengah malam angkara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu tidak terlalu berbeza dengan pentadbiran sekarang yang menahan pengkritik Datuk Seri Najib dibawah SOSMA atau undang-undang pencegahan yang berkaitan.

Kenyataan Mahathir baru-baru ini di mana gaya hidup mewah adalah bukti rasuah adalah satu fakta yang telah diketahui rakyat Malaysia untuk sekian lama. Lagipun, gaji seseorang wakil rakyat yang dipilih diketahui umum dan setiap rakyat Malaysia tahu yang banglo dan deretan kereta mewah adalah diluar kemampuan bajet mana-mana ahli parlimen, itu tidak termasuk jet beribadi dan cincin berlian.

Tetapi Mahathir juga perlu tahu, situasi ketika beliau berkuasa juga tiada beza. Sesetengah individu di dalam kerajaan beliau telah mengumpul aset dan kekayaan di luar kemampuan gaji mereka. Rumah mewah dan Ferrari juga ada ketika zaman beliau, dan baru-baru ini bekas MB Selangor Khir Toyo telah dipenjarakan atas tuduhan rasuah. Khir adalah Menteri Besar di bawah pentabiran Mahathir.

Mahathir, dikenali sebagai ahli politik yang licik, tidak mungkin tidak menyedari segala gejala rasuah yang berlaku di bawah pentadbiran beliau. Ketidakmampuan beliau atau ketidaksanggupan beliau untuk memulihkan keadaan menjadi penanda apa yang kita lihat hari ini. Bukti ‘kereputan’ itu terdapat dalam buah dan kebanyakan rakyat Malaysia akan memberitahu yang buah tersebut telah pun mereput.

Mahathir mendapat sokongan ramai dalam misinya untuk menyingkirkan Najib. Tetapi beliau kena sedar, legasinya amat berat dan ‘hipokrit’ adalah perkara pertama yang orang akan sebut apabila beliau menuduh Najib mewujudkan mentaliti ‘wang adalah raja’. Mungkin beliau akan memperolehi lebih banyak sokongan jika beliau mengakui kesalahan beliau dan memohon maaf.

Apa pun, pemikiran berkaitan korupsi di Malaysia perlu diubah. Ianya tidak boleh diterima untuk pemimpin kita saling pijak-memijak dalam usaha untuk mencari kekayaan material.

Oleh Scott Ng,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2015/11/12/money-was-king-in-mahathirs-era-too/