Hina Polis Yang Tekorban Ketika Peristiwa Lahad Datu, Kini Bekerjasama Dengan Kerabat Sultan Sulu

Dahulu, Tian Chua menuduh pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO dalam portal lidah rasmi PKR.

Kemudian Nurul Izzah pula masuk campur memperlekeh dengan menuntut supaya Pasukan Gerakan Am dan Cawangan Khas dimansuhkan kerana kononnya mereka ‘tidak lagi diperlukan’ yang kemudiannya dinafikan.

Apa dia kata?

“General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces. Polis dah cukup. You hanya perlu mansuhkan Special Branch.”

Anggota Pasukan Gerakan Am dan Cawangan Khas adalah antara wira kita yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna semasa mempertahankan kedaulatan negara dari pencerobohan pengganas Sulu. Dua orang wira dari Pasukan Gerakan Am mengorbankan nyawa mereka demi ibu pertiwi di Sabah!

Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.

Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.

Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.

Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.

Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur. Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.

Musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.

Tan Sri Zaman Khan, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah turut menganggap Nurul ‘buta sejarah’ kerana memperlekehkan polis di saat mereka sedang bertaruh nyawa mempertahankan tanah air kita di Sabah.

The Manila times dalam artikelnya telah menyebut bahawa sebelum kejadian pencerobohan tersebut terdapatnya perjumpaan diantara Anwar Ibrahim dengan seorang pemimpin moro di Manila. Dan secara langsung menyatakan bahawa Anwar terlibat secara langsung dalam agenda pencerobohan tersebut.

Dan kini, anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah bertemu Jacel Kiram. Beliau adalah anak perempuan kepada Sultan Sulu yang bertanggungjawab menghantar pengganas Sulu untuk merampas Sabah suatu ketika dulu.

Sudahkah Nurul Izzah dan Tian Chua melawat dan mengunjungi para balu, keluarga dan anak-anak para prajurit kita yang terkorban dahulu?