Indeks Bursa Saham Dua Kali Ganda Berbanding Ketika Najib Menjadi PM Pada Tahun 2009.

Seperti yang dijangka, selepas Tun Mahathir disoal oleh Polis hari ini (di mana beliau enggan menjawab semua soalan polis), dia menulis entri blog lagi hari ini untuk menghentam PM Najib dan Kerajaan.

Ini adalah respon saya terhadap tulisan blog Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. Fakta beliau adalah:
—-
Dari blog beliau (http://chedet.cc/?p=1908):
6) Pasaran saham jatuh dengan kerugian besar dalam pemodalan pasaran. Sekali lagi, ini tidak bagus untuk ekonomi.

LSS – Hari ini, indeks bursa saham adalah 1685.7 mata. Ianya dua kali ganda berbanding ketika Najib menjadi PM pada tahun 2009.

Pasaran saham tidak pun menjunam 75% dalam jangka masa pendek kepada bawah 270 mata pada tahun 1998 kan? Malah ketika itu, Perdana Menteri pun tidak meletak jawatan kan?
—-
Dari blog beliau:
7) Pertumbuhan ekonomi ketinggalan di belakang Filipina dan Indonesia. Ini tidak normal. Kita biasa meninggalkan mereka jauh ke belakang.

LSS – Sudah pasti Tun Mahathir menyedari yang pertumbuhan setiap negara bergantung kepada tahap pembangunan mereka.

Indonesia dan Filipina telah bersusah payah suatu ketika dahulu dan kini menuai hasil melalui fasa kestabilan yang sedang dinikmati mereka.

Kerana mereka datang dari asas yang lebih rendah dari Malaysia, pertumbuhan semasa mereka juga tinggi sedikit.

Pertumbuhan ekonomi semasa Malaysia 4.5%-5% tidaklah terlalu teruk.

Waktu anda juga, Malaysia ketinggalan di belakang Singapura. Tetapi memandangkan ekonomi Singapura sudah matang, kita kini meninggalkan mereka dari segi kadar pertumbuhan juga.

Suku terakhir Singapura hanya menyaksikan pertumbuhan KDNK sebanyak 0.1% sahaja.

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.my/2015/11/everything-is-under-control-and-was.html