Jho Low Berhubung Dengan SPRM Sejak Ogos, Tiada Isu Jho Low Cuba Melarikan Diri

Jurucakap bagi Low Taek Jho mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta bantuan ahli perniagaan itu pada Ogos lalu.

“Wakil Encik Low segera menghubungi SPRM untuk meneliti bagaimana mereka boleh dapat membantu, dan terus kekal berhubungan,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan ringkas hari ini, sambil menambah bahawa spekulasi mengenai bantuan diperlukan bagi menghubungi Taek Jho adalah tidak berasas dan dipolitikkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang mungkin tidak mengetahu fakta sebenar.

Dakwaan itu timbul selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berkata, polis tidak diminta mengesan beberapa individu berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan kesediaan mereka untuk membantu.

Sumber kerajaan berkata: “Jho Low sudah berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia untuk memberikan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan. Malangnya, beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mempolitikkan fakta dengan mendakwa beliau mengelakkan, dan mensensasikannya.”

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/18/jho-low-berhubung-dengan-sprm-sejak-ogos/