Jika Tidak Mampu Membantu, Jangan Mengeruhkan Keadaan

Seperti yang dijangka, selepas Tun Mahathir disoal oleh Polis hari ini (di mana beliau enggan menjawab semua soalan polis), dia menulis entri blog lagi hari ini untuk menghentam PM Najib dan Kerajaan.

Ini adalah respon saya terhadap tulisan blog Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. Fakta beliau adalah:
—-
Dari blog beliau (http://chedet.cc/?p=1908):
12) Tetapi tidak di Malaysia. Cari alasan. Cari kambing hitam. Salahkan cuaca atau apa sahaja.

LSS – Kembali ke tahun 1998. Perdana Menteri ketika itu menyalahkan orang lain dan tidak meletak jawatan.

Ekonomi tumbang. KDNK jatuh menjunam sebanyak 7.4%.

Sektor pembinaan jatuh 23.5%, pembuatan 9% dan pertanian 5.9%.

Inflasi naik 2 kali ganda kepada 5.3% daripada 2.7% tahun sebelumnya.

Matawang jatuh hampir 50% dari RM2.50 kepada RM4.84 berbanding USD1.

Kadar faedah naik hingga 18%. Rampasan kereta oleh bank berleluasa. Tiada orang beli kereta, kereta yang dirampas pun tidak dibeli dan pengedar kereta gulung tikar.

Pasaran saham jatuh 75% kepada bawah 270 mata, berdozen syarikat senaraian awam, termasuklah kroni anda Renong, UEM, Taiping Consolidated dan beribu perusahaan biasa menghadapi risiko bankrap dan gulung tikar.

Dan anda perlu mewujudkan Danaharta untuk menyelamatkan syarikat-syarikat itu.

Malah, anda menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan syarikat anak anda – satu konflik kepentingan yang cukup besar yang langsung tidak diambil kisah.

Bank tidak mampu lagi meminjamkan wang atau melanjutkan tempoh bayaran semula – menyebabkan syarikat kekurangan dana dan tutup kedai.

Malah, bank sendiri menghadapi masalah dan muflis.

Dan anda mewujudkan Danamodal untuk menyelamatkan mereka.

Rizab asing hanyalah berjumlah RM20 bilion dan hanya mampu membiayai 2.7 kali import – jauh lebih rendah dari standard antarabangsa.

Kerajaan hampir bangkrap apabila nisbah hutang kepada KDNK melebihi 100%. Menteri dan pegawai tinggi kerajaan terpaksa mengambil potongan gaji 10%.

Anda secara terbuka mahu meminjam wang dari Singapura hanya untuk menerima jawapan ‘maaf’.

Anda baru sahaja memecat Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dan juga Ketua Pemuda UMNO beserta berdozen lagi dan disumbatkan di bawah tahanan ISA.

UMNO berpecah – ramai memanggil anda liabiliti dan akan menjadi punca kekalahan BN pada PRU akan datang.

Beratus ribu menyertai demonstrasi jalanan menuntut anda meletakkan jawatan.

Naib Presiden US secara terbuka memuji penunjuk perasaan dan memanggil mereka ‘rakyat Malaysia yang berani’ yang menuntut demokrasi.

Ratu Elizabeth II tiba untuk merasmikan penutupan Sukan Komanwel. Di tempat duduk, penunjuk perasaan memegang sepanduk besar yang tertulis “Terima Kasih Untuk Saat Yang Indah Ini.”

Pada satu masa, penunjuk perasaan berlari mengejar konvoi Ratu Elizabeth dan baginda melambai ke arah mereka.

Wan Azizah berkata, “Saya berasa begitu sedih kerana Dr Mahathir pemimpin yang bagus dan sekarang beliau telah terdesak dan sanggup menekan rakyat sendiri untuk kekal berkuasa.”

Itu tahun 1998.

Adakah anda letak jawatan ketika itu?

Tidak, anda tidak letak jawatan.

Anda kekal sebagai PM yang bertanggungjawab dan perbaiki apa yang anda termampu.

Anda tidak melarikan diri pada masa itu dan sepatutnya anda tidak menafikan hak PM sekarang dari menjalankan tanggungjawabnya untuk memperbaiki keadaan.

Masalah tahun 1998 melanda beberapa negara. Sekarang, ekonomi kita jauh lebih kukuh dan masalah berkembang menjadi masalah global. Matawang Rusia, Norway, Denmark, Turkey, Australia, New Zealand dan beberapa lagi jatuh, malah ada yang lebih teruk dari Malaysia.

Biarkan PM Najib tangani masalah ini tanpa gangguan.

Jika anda tidak sanggup membantu, jangan jadikan ia lebih teruk.

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.my/2015/11/everything-is-under-control-and-was.html